Pages

Friday, December 17, 2010

Masak jenahak 3 rasa

Hmm...tetiba rasa nak update blog dgn resipi pulak...
Tengah prepare dinner tadi. Dah masak goreng kacang panjang campur hati dan ayam goreng. Ada ikan jenahak seketul dan tak tahu nak masak apa. Nak buat asam pedas tumis, tak cukup bahan tak sedap. So saya search lah dalam internet. Jadilah jenahak 3 rasa akhirnya...Thanks to empunya resipi lieza zamri . Resipinya sedap, ringkas dan bahan2 senang didapati kat rumah.

Ikan masak 3 rasa - original resepi dari pattani

Bahan2:

seekor ikan jenahak/siakap/gerut
serai dimayang halus
halia dimayang halus
cili api - ikut tahap kepedasan masing2
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap sotong
perencah tomyam
daun limau purut

Cara2nya


1) goreng ikan dahulu tanpa kunyit & garam hingga garing
2) angkat ikan dulu, letak tepi
3) tumis halia dan serai
4) masukkan perencah tomyam dan semua sos
5) masukkan cili
6) masukkan daun limau purut
7) masukkan garam, gula secukup rasa....

bila dah masak, angkat dan tuangkan ke atas ikan tadi...
boleh hias ngan bawang besar, cili besar dan tomato...

kuah dah masak...


jenahak 3 rasa...ready to be served


BUBUR ASYURA


Semalam 10 Muharam 1432H klinik buat program memasak bubur asyura anjuran bersama dengan Panel Penasihat. Ramai juga yang hadir dan turut sama mengacau bubur. Tapi sayang saya tak dapat join sekali sebab ada taklimat kat pejabat. Just minta tolong kat staf untuk ambil gambar sebab nak tau juga sejauh mana respond untuk program ni & kemeriahan mengacau bubur tu. Alhamdulillah...info yang diberitahu, program berjalan lancar dan yang paling penting bubur menjadi sebab ni pengalaman pertama kami!!

Ni resipi Bubur Asyura Utara (ambil dari Mesra.net Resipi) :

Bahan-Bahan:

1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacang tanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara:

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter air,kacau di atas api.

2.Masukkan pati santan dan daun pandan. Kacau lagi sehingga pekat.

3.Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.

4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.

5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.

6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Tapi semalam tak bubuh kacang kuda, kacang tanah & sagu. Oklah rasanya sedap juga...dapat 2 bekas seorang untuk bawa balik makan dengan family...


Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

dipetik dari
darulnukman.com

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Monday, November 29, 2010

Naufal & Nafis selamat bersunat

Alhamdulillah tanggal 25 November 2010 yang lalu, dua orang anakanda tersayang Naufal (9) dan Nafis (7) telah selamat bersunat di Poliklinik Keluarga menggunakan kaedah Smartklamp. Everything went on very well for Naufal. But not Nafis (as usual)...it was so painful to him and he just couldn't tolerate it. Sakit sangat2 especially bila nak buang air kecil...menjerit2 Nafis kat dlm toilet. Actually dia kata tak rasa nak kencing lepas sunat tu sampai hari ketiga.Pagi hari ketiga tu Nafis dah tak tahan nak terkencing. So I brought him to the toilet. He screamed aloud, crying and said why it was so painful?? What can I do? I just hold him kuat2 and suruh dia tahan sakit tu. Memang pedih & sakit..but what to do. He has to go through the pain. Kesian sungguh kat Nafis. Terketar2 buang air kecil sampai berpeluh2, risau takut pengsan pulak..so saya memang peluk dia kuat2 waktu kat toilet tu. Trauma sungguh!

Hari ni dah masuk hari kelima. Dah kurang dah sakitnya. Ke toilet pun dah boleh pergi sendiri & basuh sendiri. Lega rasanya. Esok dah nak kerja semula. petang ni tok & aki akan sampai, tolong jaga cucu pulak...


di rumah...menunggu masa bertolak ke klinik

tengah menunggu giliran di klinik



dah selamat bersunat...Najmi teman abang2 baring depan tv

Bacaan Yaasin & doa selamat






Friday, November 19, 2010

Cerita Raya

Hari ni 12 Zulhijjah. Masih bercuti di kampung. Petang ni lepas Solat Jumaat baru balik ke rumah. Balik awal sikitlah sebab boleh lah rehat esok satu hari di rumah sebelum mula kerja Ahad nanti.

Apa cerita raya ya? Ok, first cerita pasal Hanim yang tak jadi bersalin. Hari Isnin hari tu dia dah rasa sakit nak bersalin. Bila dah masuk wad, sakit tu berkurang pulak & tak ada progress menunjukkan tanda2 nak bersalin. So, keesokkannya dia discharged dari wad AzZahra Hospital, Bangi. Sampai hari ni tak dengar khabar lagi. So rasa-rasanya belum mahu keluar lagi baby sorang tu. Tup-tup hari raya baru ni pada pagi 10 Zulhijjah, dapat khabar sepupu suami, Annur (anak MakLang kat SP) telah selamat melahirkan puteri sulungnya. Alhamdulillah..Nurul Iman namanya.

Raya pertama kami balik Bedong. Beraya dengan tok & aki kata Najmi. Lepas solat raya, balik jumpa mentua di Merbok. Adik2 hubby yg dr KL & Tganu dah balik sejak hari Ahad lagi. Menu utama raya haji ... laksa. Bedong buat laksa. Di Merbok pun depa buat laksa. Petang kami ke rumah Pak Tam di Yan & rumah Paknjang di Gurun. Lepas tu balik semula ke Bedong. Paksu Ali & family datang beraya & makan nasi kat rumah. Esoknya pula ke kenduri korban akikah di SP... rumah sepupu abg, Nazlin. Lepas tu pergi tengok baby Annur kat Tmn Keladi. 

Hari tu kami balik tidur di Merbok pula. Adik2 hubby dua2 nak balik malam tu jugak. So kami sampai rumah dah pukul 5. Yang nak jadi cerita (nak tergelak pun ada) masing2 sibuk dgn task masing2 sebab sibuk berkemas nak balik. Bas Ainun pukul 10.30 malam. Mak sibuk sediakan makan malam. Ainun membasuh baju2 dia. Dikmi pula sibuk mengemas baju2 dlm beg. Aku pula sibuk nak buatkan puding roti yg di 'request' oleh Dikmi. Yg bestnya tu sebab tak tahu nak pakai oven, kami pun terpaksalah ber'skyppe' dgn tuanpunya oven tu yg skrg duduk nun di Melbourne. Akhirnya siap juga puding roti ku, dapat jugalah depa bawa balik sorang sebekas....

Resipi puding roti ni ada kat entry ni
puding roti yg simple




Arini posing dgn puding roti



Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Salam...
Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha pulak...hmmm lama tak update blog. Hari ni saja ambil cuti. Najmi belum bangun tidur lagi hehe...lena sungguh dia kat sebelah ni, tak perlu pergi nursery. Petang nanti lepas hubby, Naufal & Nafis balik sekolah barulah bertolak balik kampung. Kampung tak jauh...balik Bedong je. Actually si Naufal & Nafis tu ikut rombongan sekolah abahnya..kata nak melawat Muzium Padi, Pusat Sains etc..& Kem Tentera Udara kat Kepala Batas tu jugak kot..nak habiskan hari2 terakhir sekolah.Lepas ni dah masuk cuti sekolah. Perancangannya nak sunatkan dua2 beradik tu InsyaAllah pada 25hb Nov nanti. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar tanpa komplikasi..Ameen! Lepas tu program seterusnya cuti-cuti Malaysia??? Belum ada plan nak gi mana2. Hajat tu nak gi KL je...tengok anak menakan terbaru...Hanim dah masuk wad pagi semalam, tapi pagi ni belum dengar apa-apa cerita lagi. Baby dah keluar ke belum Hanim?? Mudah-mudahan kedua-duanya selamat & sihat, Ameen...!

3 beradik


Thursday, September 30, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum...
Masih lagi dalam bulan Syawal..Alhamdulillah. Sempat juga nak update blog untuk bulan raye ni...Sempena aidilfitri yg masih penuh dgn jamuan open house ni maaf dipinta jika ada tersalah silap atau terkasar bahasa. Setiap hari & hujung minggu asyik makan je kerjanya. memanglah hari2 mkn kan tapi yg kali ni mkn kt rmh terbuka sempena hari raya. Siang tadi ada 2 undangan...satu jamu bihun soto & mee kari, yg tempat kedua dah tak larat makan..hanya mkn tembikai, kuih raya & air saja.Sabtu ni pulak ada kenduri kahwin sebelah siang & satu lagi open house sebelah mlmnya...

Di bwh ni sedikit gambar kenangan raya 2010....
my 3 heroes

special raya this year...kek lapis cadbury...sedapp!

with my beloved hubby

Saturday, August 21, 2010

Resipi Kasih Ibu

Dalam tercari-cari resipi untuk juadah berbuka hari ini, terjumpa pulak satu resipi yang amat menarik dan unik. Resipi kasih ibu ini hasil ilham Puan Norzailina Nordin, pakar masakan yang tidak asing lagi...

250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }
50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat

Bahan Hiasan:

10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat
1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.

"Ya Allah, bantulah aku agar dapat menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku. Moga mereka dikurniakan kesihatan yang baik, membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berjaya kelak di dunia & akhirat...Aminn"

Friday, August 20, 2010

Puding Roti

Saya memang penggemar puding & salah satu daripadanya adalah puding roti / bingka roti. Dulu pernah cuba satu resipi ni tapi tak berapa menjadi. Semalam Alhamdulillah search resipi ni dlm fotopages jumpa...dah buat untuk berbuka and menjadi. Abang & angah tak henti2 puji kata sedap sangat. Thanks to K. Liza kerana share resipi yg ringkas & sedap ni!

Di bawah ni resipi asal daripada K. Liza...saya just tabur kismis kat atas je sebab takut anak2 tak suka. Sos pun tak buat semalam. Tapi kalau mkn dgn sos tentu lg sedap kan..!
PUDING ROTI
Bahan A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam
Sos Kastad:
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
CARA:
1. Hancurkan / koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
NOTA: Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais krim coklat/vanilla dan sebagainya.. ataupun cream coklat.

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Semalam dapat idea nak buat nasi tomato. Actually pagi tu masa kat tempat kerja bersembang dengan sorang staff tu pasal menu untuk berbuka ni lah...last2 teringin nak mencuba buat nasi tomato dan ayam masak merah...

Daging masak kurma tu saya beli ja masa balik dari kerja...tu untuk abang & angah yang tentunya tak makan ayam masak merah..

Hubby terkejut juga tengok hidangan untuk berbuka hari tu..sampai dikatanya saya beli kat bazar Ramadhan pulak! Actually rempah untuk ayam tu ada dijual di pasar...rempah giling yang orang kita buat.ok juga. cuma perlu tambah santan je...
Untuk nasi tomato saya try resipi yang kat dalam majalah Rasa edisi Ramadhan tahun lepas. Berbaloi jugalah masak semalam...!

Lagi juadah berbuka...

Dah seminggu tak update blog...tak sempat nak mengadap laptop. Balik kerja sediakan makanan, buka posa...lepas tu dah tak larat. Tidur awal sebab nanti nak bangun sediakan makanan untuk sahur pulak. Itulah rutinnya di bulan puasa ni. Alhamdulillah tahun ni setakat ini dapat lagi mengawal diri daripada membeli banyak sangat makanan di bazar Ramadhan.Taklah membazir. Baru sekali pergi..hari lainnya semua masak sendiri. Kalau pergi pun hubby sorang je pergi, beli satu dua kuih buat tambahan.
Kat bawah ni saya upload gambar2 masakan dalam seminggu berpuasa...
masak lemak ketam - sebelum
masak lemak ketam - selepas


sup tulang


                                         Try buat kuih kasui...hari ke-3 posa. Tapi keras sikitla.




Friday, August 13, 2010

Juadah Ramadhan

Alhamdulillah dah masuk hari ketiga Ramadhan...semalam tak sempat nak online. kerja. di samping najmi & angah yg demam pulak semalam. angah cuba berpuasa tapi kurang air agaknya. jadi dia berbuka masa balik semalam jam 2 petang.
Syukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan Allah. Semalam jiran bagi agar-agar gula merah dan pajeri nenas. dapat bubur kanji pulak yang pakatan surau buat.jiran sebelah pulak bagi kurma sekotak. jadi semalam hanya goreng cucur udang berkuah kacang, masak sayur lemak kobis campur jagung & goreng ikan kembong.
Lepas berbuka, kenyang dengan bubur kanji dan cucur udang. nasi pun makan lepas terawih. tak larat nak makan sebenarnya bulan2 posa ni...apapun Alhamdulillah Syukur sempurna 2 hari berpuasa dan terima kasih kepada yang sudi memberi juadah berbuka...

my cucur udang...

Cucur udang ni guna tepung gandum, sebiji telur, garam & serbuk kunyit sedikit.bancuh dengan air agak2 tak cair & tak pekat sangat. kemudian tambahlah kucai & tauge & udangnya....goreng sehingga kuning/garing. simple je kan!
Hubby bulan posa ni suka sangat makan cucur udang. kalau tak buat dia akan pergi beli kat bazar Ramadhan. tapi biasalahkan yang dijual ada yang sedap ada yang tak...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini...
Hari ni 1 Ramadhan 1431H, Rabu 11 Ogos 2010 hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa. Syukur anak-anak pun bersemangat nak berpuasa. Setiap hari bertanya bila nak mula posa ni mama? Sahur tadi bangun jam 3.30 pagi. Sebenarnya kunci alarm jam 4.00 tapi si Najmi tiba-tiba terjaga dan muntah kat tempat tidur. Tak sedap badan rasanya. So dah terbangun tak berani nak tidur semula. Terus jerang nasi dan keluarkan ayam dari fridge. menu bersahur tadi...ayam goreng untuk abang & angah, sambal tumis sotong untuk abah, sayur kacang buncis goreng dengan hati, dan yang paling best...goreng ikan pekasam. Pekasam tu memang dah beli awal-awal lagi untuk bersahur di bulan posa ni.

Kesian Najmi..hari pertama kita berpuasa, dia demam pulak. Bila makan @ minum, muntah. Dapatlah makan nasi sikit.(goreng nasi yg saja dimasak lebih waktu sahur tadi).Lepas tu bagi minum ubat Paracetamol...muntah pulak sekali dengan air. Lepas tu dia tidur semula sampai pukul 4 tadi. Dapatlah memasak untuk berbuka nanti sementara dia tidur. Bangun petang ni bagi makan roti dan nampak dia ceria sikit. Mahu juga sembang & main dengan abang-abangnya..

Menu untuk berbuka hari pertama?
Daging masak kicap - budak2 tu kan suka masak kicap
Sambal sotong tadi ada lagi hehe...
Sup sayur kulat
Goreng ikan merah
Petai - tak sure lagi ni nk buat ulam ke tak?? Kalau buat ulam kena ada sambalnya..

dan teristimewa favourite abg & angah...semestinya puding cocktail
Gambarnya nanti saya uploadkan...(sebab skrg belum lg hidang)

SO, UNTUK SEMUA SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERBUKA !!

its 9.06 pm...selepas berbuka, solat maghrib & makan nasi. abah dah gi terawih.
najmi tengok tv dgn abg..cerita duyung tu la ..
mama depan laptop, time to upload photos...


ada ulam petai rebus & sambal tempoyak akhirnya...





Puding cocktail favourite anak-anakku. Dah pesan suruh buat untuk berbuka pada hari pertama.

Hmm...esok menu apa pulak ye?
Kena siapkan senarai untuk sebulan macam ni..kalau tak hari2 kena fikir ....

Wednesday, August 4, 2010

sekali sekala western food...

mmm...western la pulak. hubby beli daging kambing kt tesco.dah siap potong into slices. so mlm minggu hari tu try buat lamb chop blackpepper... jom mkn!





Najmi berselera makan... sambil berdiri pulak tu!

nak cuba skill memotong daging...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...