Pages

Monday, July 26, 2010

Daging Blackpepper


What's for lunch today? ada daging dlm freezer. search dlm blog terjumpa satu resipi ni. TQ kpd tuanpunya blog tu kerana sudi berkongsi resipi. tp sebab lada benggala tiada, sy ganti dgn cili merah je. Halia pun ditambah sbg bhn tumis.
Ni resipi asalnya...
Bahan-bahan :

Daging Batang Pinang - hiris - lumurkan sikit serbuk kunyit & garam dan perap sebentar
1 1/2 sudu makan Lada Hitam Serbuk Kasar
2 ulas Bawang Putih - diketuk
1 labu Bawang Besar - potong bulat
1 Biji Lada Benggala
2 sudu besar Kicap Manis
4-5 sudu besar Sos Lada Hitam
Air mengikut yang dikehendaki
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
Daging yg dah diperap digoreng sebentar, angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih kekuningan, masuk serbuk lada hitam, tumiskan wangi.
Masukkan kicap manis, sos lada hitam, air, bawang, kacau sebati.
Masukkan lada benggala, daging,... perasakan garam.
Kalau rasa kurang mana-mana, nak lebih sos lada hitam ke, kicap ke, nak pekat ke, tambahlah ikut suka.
Boleh ditambah karot, kobis bunga, brokoli....nyum..nyum

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi milik diancam orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Monday, July 19, 2010

MAKMUR WARISAN

Kuih makmur untuk Hari Raya Aidilfitri 2010.
Tempahan dibuka sekarang.
RM22 = 1 balang = 100 biji.
Sila email ke faizah345@yahoo.com untuk pertanyaan/tempahan

Saturday, July 17, 2010

from my kitchen

best jugak bila apa yg kita masak are published online...
just for personal satisfaction!!


TOMYAM CAMPUR
The tomyam paste was given by my sis-in-law during our visit
to Melbourne last June.
Boleh tahan juga sedapnya.
Tapi sebenarnya pes ni Made in Thailand jugak!

SAMBAL TUMIS PETAI
mula tu nak buat dgn udang..tapi udangnye tak ade...
last2 campur ikan bilis ja la..


CEKODOK PISANG
Nafis' favourite!


 
GULAI REBUNG WITH TULANG
cooked this gulai for the first time since married.
not sure whether my husband realised it or not :))

main salji kat Mount Buller



Najmi on his toboggan..SMILE !


Bestnye najmi & abg2 dapat main salji for the first time!!!
We really enjoyed it !

Thursday, July 15, 2010

Najmi@Melbourne

Salam...
Teringin pulak nak ada blog sendiri.Dulu tolong buat blog kat husband..tak teringin pulak nak ada yg sendiri punya. Takut tak ada masa nak update. Tapi bila tengok ramai yg ada blog sendiri, teringin nak mencuba.
Tapi bagaimana nk mula ye?? Hmmm....cerita Najmi lah semestinya! Ni koleksi gambar2 Najmi & abg2nya masa kami ke Melbourne bulan Jun (cuti sekolah) baru2 ni. Seronok ambil gambar & tengok gambar budak2 ni...especially si kecik najmi tu lah!!

Najmi..happy je!!
Ni masa jln2 kt Yarra River, tgh2 Melbourne City


the kids with abah @ Mansfield


Naufal & Nafis with their cousins Irfan, Irham & Iman.
Location : Mitchell St, Glenroy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...