Pages

Monday, July 26, 2010

Daging Blackpepper


What's for lunch today? ada daging dlm freezer. search dlm blog terjumpa satu resipi ni. TQ kpd tuanpunya blog tu kerana sudi berkongsi resipi. tp sebab lada benggala tiada, sy ganti dgn cili merah je. Halia pun ditambah sbg bhn tumis.
Ni resipi asalnya...
Bahan-bahan :

Daging Batang Pinang - hiris - lumurkan sikit serbuk kunyit & garam dan perap sebentar
1 1/2 sudu makan Lada Hitam Serbuk Kasar
2 ulas Bawang Putih - diketuk
1 labu Bawang Besar - potong bulat
1 Biji Lada Benggala
2 sudu besar Kicap Manis
4-5 sudu besar Sos Lada Hitam
Air mengikut yang dikehendaki
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
Daging yg dah diperap digoreng sebentar, angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih kekuningan, masuk serbuk lada hitam, tumiskan wangi.
Masukkan kicap manis, sos lada hitam, air, bawang, kacau sebati.
Masukkan lada benggala, daging,... perasakan garam.
Kalau rasa kurang mana-mana, nak lebih sos lada hitam ke, kicap ke, nak pekat ke, tambahlah ikut suka.
Boleh ditambah karot, kobis bunga, brokoli....nyum..nyum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...