Wednesday, January 12, 2011

Happy Birthday Najmi !

Hari ni tanggal 12 Januari 2011 genap 3 tahun usia Najmi. Dah besar anak mama ye!!
Dah boleh cakap macam-macam perkataan dah...kadang2 nak tergelak pun ada sebab Jami ni pelat KL..tak tau pasai apa.Mata disebutnya mate, kenapa...kenape..ape?

ni tengah nyanyi lagu InshaAllah dalam kereta

masa kat Krabi Februari 2011

kat rumah...tengah syok posing tapi mata terpejam dek flash camera
Ada gambar Jami potong kek birthday..tapi mama cari tak jumpa...tak tau save kat mana. Tapi takpa..nanti mama cari lagi ye sayang & upload dalam diari mama ni.

Apa pun...Alhamdulillah Syukur padaMu ya Allah...atas nikmat kurniaanMu dan anugerah yang tak ternilai buatku..anak-anak yang semuanya comel-comel dan bijak belaka...Alhamdulillah !!

Saturday, January 1, 2011

WELCOME 2011

Salam,

Hari ini hari pertama 2011. Selamat Tahun Baru 2011 buat semua. Masih di Pulau Mutiara. Semalam hubby ajak 'celebrate' New Year kat Penang. So we all bertolaklah pagi semalam ke sini. Check-in hotel satu malam. Tak pi mana2 pun..just tengok fire crackers dari cermin hotel. Ada sambutan thn baru kat Pdg Kota. Sejak ptg lagi jln sepanjang Pdg Kota tu dah ditutup. Malam hubby keluar pulak dengan kawan2nya.

So..apa azam/impian tahun baru??? Kalau ikutkan yang tahun lepas, ada beberapa impian yang belum tercapai...so kena carry forward untuk tahun ni lah nampaknya. Yang pasti niat untuk menyunatkan anak2 berdua tu dah tercapai..Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...