Monday, July 11, 2011

Nasi Daging

Salam ..

Nak berkongsi menu tengahari kami hari Jumaat baru2 ni. Cuti kan , so bolehlah masak untuk lunch. Hari tu ternampak Nannie tayang nasi Beriani kat blognya di sini. Nannie gunakan rempah Shan dalam resipinya. So hari Khamis tu balik dari meeting kat Alor Setar saya singgah Giant sekejap. Saya carilah juga rempah jenama Shan ni, tapi tak jumpa. Ingat nak juga try masak nasi beriani yg sedap tu tapi tak apalah lain kali cari lagi. Tengahari Jumaat tu masa fikirkan nak masak apa dan belek2 resipi kat dalam buku 1 Hari 1 Resipi K. Liza tu, saya terus rasa nak buat Nasi Daging, simple & daging pun ada. Jadi makan nasi daging cicah air asam lah kami sekeluarga hari tu...

Photobucket

Di bawah ni resipi asalnya, sukatan tu ikut family masing2 ye, kalau ramai  bolehlah buat byk2 ..

RESIPI NASI DAGING
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resipi oleh Chef Hanieliza

Bahan A:

1 kg daging - dipotong sebesar 4 inci dan direbus dengan halia hingga lembut.
6 cwn beras basmati - saya guna beras biasa saja..
7 cwn air rebusan daging
1/2 cwn susu cair
3 sudu makan minyak sapi
3 biji tomato (dicincang) - yg ni sy tak bubuh sebab ada pun cukup2 unt buat air asamnye nnti...
3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
2 sudu besar kismis - tak ade stok so x bubuh juga hehe..
5 helai daun pandan (disimpul)
garam dan gula secukup rasa - gula sy tak bubuh pun

Bahan B ( bagi menumis):

2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 labu bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik. Kemudian tumiskan semua Bahan B.
2. Masukkan rempah kurma yg sudah dibancuh dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair dan daging. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis.
5. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya dan biarkan nasi masak seperti biasa.
6. Hidangkan dengan dalca sayur-sayuran dan air asam.

Photobucket


Photobucket
air (ayaq)  asam...perghh yg ni yg buat sedap tu hehe!!

Photobucket
dalca pun ada...

8 comments:

  1. Mak aiii mama ooi sedapnyer,,teringat masakan nasi daging mentua saya.. nyum..nyum..

    ReplyDelete
  2. ha ah masakan mak dgn mentua mmg forever sedap kan!!

    ReplyDelete
  3. dah bape kali tah nk cuba masak nasi daging ni asik x kesampaian ;) makan dah penah, mmg sedap tu.

    ReplyDelete
  4. Salam sini punya nasik daging lagi terliuq npk heee bekenan gan air asam tu..pekat suka tau..sdp lain kali leh buat lagi ni...

    ReplyDelete
  5. Ain, cubalah buat..simple & sedap! Lebih2 lagi kalau suka mkn daging mcm saya ni heheh...

    ReplyDelete
  6. Sheila...silalah jamah hehe...

    Kalau masa raya haji kt kedah ni puas makan, sana sini nasi daging cicah ayaq asam :-))

    ReplyDelete
  7. Salam..
    terimakasih kerana membeli buku kakliza..
    selamat mencuba resipi dalam buku ini dan semoga berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih K. Liza, rasa bertuah sgt krn K. Liza sudi singgah di blog saya yg lama tak di update ni...
      Mmg dah byk resipi drp buku K.Liza tu yg saya cuba, resipinya simple, mudah dicuba dan gerenti sedap. Antara yg pernah dicuba masakan mee jawa, ayam percik, sotong berempah dll lg serta puding roti yg menjadi favourite anak2.Terima kasih sekali lagi K.Liza!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...