Pages

Friday, July 29, 2011

Sambal Tumis Udang Petai

Photobucket

Hari ni 29 Julai 2011 hari lahir En Hubby, yg ke berapa ye??? Kebetulan jatuh pada hari cuti dan bolehlah saya masak special sikit untuk lunch. Tapi macam biasa saya masak yg simple2 saja...Sambal tumis udang dgn petai, buttered prawn sebab anak sulung tu tak makan sambal tumis & lala rebus. Petai tu mentua yg datang bagi semalam. Diorang singgah rumah petang semalam lepas balik dari dusun. Dapat sebesen besar buah rambutan dan beberapa biji buah cempedak. rezeki-rezeki...heheh..! Tapi saya bagi2 pada jiran-jiran kat sini, tak larat nak makan banyak2...
 
Photobucket


Buttered Prawn ni dah pernah buat sebelum ni, ikut resipi K.Ummi. Resipinya kat n3 yg lepas di sini. Resipi sambal tumis udang saya kongsikan dibawah ni...

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
Sumber : TiffinBiru CMG
 
BAHAN-BAHANNYA :

20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :

1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :

1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.

2.Tambah udang dan bawang hiris, masak hingga udang masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

P/S: Tengah masak carrot cake, takkan birthday tak ada kek hubby ye...entry kemudian bila dah siap, harap2 menjadi.. :-))  HAPPY BIRTHDAY DEAR HUBBY!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...