Pages

Friday, April 29, 2011

Blueberry Cheese Tart

Photobucket

Hari ni tak keluar ke mana-mana. Cuti 3 hari sampai 1 Mei tapi dah next week nak ke KL, minggu ni duduk di rumah sajalah. Lagipun hubby punya projek belum siap lagi. Tinggallah kami 4 beranak di rumah. Jadi, kerja makan ajelah hikhik...

Tart ni bukan buat sendiri tau. Order daripada seorang kenalan baru, kawan FB jugaklah, Suri. Tinggal kat taman ni jugak. Ni sign yang bagus ni hehe...nanti nak raya senang!

Sedap cheese tart dia.Base sedap, cheese filling dia pun sedap, tak manis sangat. Filling pun penuh, puas makan. Harga pun ok taklah mahal macam kat kedai.Lain kali bolehlah nak try order kek pulak ye Suri!

Berkongsi Petua

Pagi semalam pergi HSB untuk CME. Dah habis CME tu on the way nak ke tempat parking singgah dulu kat kedai buku & majalah kat lobi. Ingat nak beli newspaper je. Ternampak pulak majalah tersusun berderet atas rak. Hmm..lama juga tak baca apa2 majalah. Grab lah Majalah Rasa. Dulu memang selalu beli either Rasa or Saji. Siap langgan lagi tiap2 bulan. So hari ni nak berkongsi petua-petua yang ada kat ruangan Petua Dapur tu. Boleh jugak buat rujukan bila2 nanti.


RANGUPKAN TIMUN UNTUK ACAR

Kita sering tertanya-tanya bagaimana timun yang dibuat acar rangup dan begitu enak di makan. Ramai yang tidak mengetahuinya bukan? Aplikasikan petua ini dan rasai hasilnya untuk acar anda. Selamat Mencuba.

Kiriman:
Rosnah Sulaiman
Batu Pahat, Johor

BAHAN-BAHAN:
Timun dan air ais

CARA MEMBUAT:

1. Hiris timun nipis.

2. Tuangkan ke dalam air ais.

3. Biarkan di rendam selama 30 minit.

PETUA GEBUKAN TELUR DADAR

BAHAN-BAHAN:

Telur, Garam dan Air

CARA MEMBUAT:

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk.

2. Masukkan garam.

3. Tuangkan sedikit air dan kacau.


HILANGKAN MINYAK PADA KUALI

Biarpun sudah dibasuh bersih namun kesan minyak masih kerap tertinggal pada permukaan kuali. Apa kata anda mencuba petua ringkas ini untuk memastikan kuali anda bersih. Selain bersih, kuali anda makin berbau harun disimpan. Selamat Mencuba.

Kiriman:
Marliza Zakaria
Masjid Tanah, Melaka.

BAHAN-BAHAN:

Limau nipis, Air

CARA MEMASAK:

1. Hiriskan limau nipis.

2. Perahkan pada permukaan kuali dengan rata.

3. Bilis dengan air yang bersih.


CILI HIASAN LEBIH LEMBUT

Untuk menghias makanan seperti hidangan pengantin dan sebagainya, cili hiasan amat diperlukan. Namun ramai yang tidak tahu untuk menjadikannya lembut dan cantik untuk dihias. Cuba petua ini lihatlah hasilnya.

Kiriman:
Wan Kamarina Wan Hassan
Kuala Terengganu, Terengganu

BAHAN-BAHAN:

Cili merah, Air, Garam

CARA MEMBUAT:

1. Hiris cili merah membentuk bunga dan hiasan yang dikehendaki.

2. Rendamkan ke dalam air.

3. Masukkan garam.

4. Biarkan di rendam selama 30 minit.

PETUA HILANGKAN LEMAK AYAM

Lemak ayam memang sukar dihilangkan biarkan pun di bilas berkali-kali. Petua mudah menggunakan bahan dapur sememangnya amat menepati konsep mudah dan pantas menghilangkan kesan lemak ini. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN:

Tepung gandum,

Ayam

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan tepung ke dalam ayam.

2. Gaulkan rata.

3. Biarkan dan perap selama 30 minit.


TANGGALKAN LEMAK DAGING PADA TANGAN

Ketika proses mencuci daging, tangan kita akan terkesan dengan sisa-sisa minyak pada daging. Selain membasuhnya bersih, ada cara yang lebih mudah dan berkesan untuk anda tanggalkan kesan minyak ini. Ikuti petua ini.
Kiriman:
Mah Rohaileni Mahamud
Kulai, Johor

Bahan-bahan:

Daging, gula pasir dan air

Cara membuatnya:

1. Lumur gula pasir pada tapak tangan.

2. Kemudian bilas dengan air bersih.


BUAH SEGAR TAHAN LAMA

Buah-buahan memang cepat bertindak balas dengan suhu persekitaran kerana strukturnya yang lembut. Namun tentu ada caranya untuk mengelakkan masalah ini dari dibiarkan memberi kesan pada tubuh. Ikuti petua ini dan ketahui hasilnya. Selamat Mencuba.
Kiriman:
Jurina Mustapar

Kuantan, Pahang.

Bahan-bahan:

Buah-buahan, air, garam dan cuka

Cara membuatnya:

1. Belah buah epal kecil dan rendam di dalam air.

2. Masukkan satu sudu makan cuka dan biarkan seketika.

3. Masukkan sedikit garam.


CUCUR LEBIH LEMBUT

Jemput-jemput atau cucur memang enak dijamah di petang hari. Keenakkan petang hari tambah enak jika cucur yang disajikan enak rasanya dan membuka selera semua orang. Petua melembutkan cucur ini sememangnya patut anda cuba.

Kiriman:
Rohana Sulong
Muar, Johor

Bahan-bahan:

Nasi sejuk, doh cucur dan air

Cara membuatnya:

1. Bancuh cucur dengan sedikit air dan kacau sebati. Ketepikan.

2. Masukkan nasi ke dalam pengisar.

3. Tuangkan air dan kisar hingga lumat.

4. Tuangkan adunan ke dalam bancuhan doh.

5. Gaulkan adunan rata dan sedia digoreng.


SEDAPKAN AYAM GORENG

Ayam tambah enak dimakan jika kena cara penyediaan dan resipi yang sesuai dengannya. Menambahkan pelbagai bahan semakin menyedapkan rasa ayam goreng. Cuba ikuti petua ini dan rasakan keenakkan rasa sebenar ayam goreng.

Kiriman:
Wan Saudah Wan Salleh
Dengkil, Selangor

Bahan-bahan:

Limau nipis, ayam dan kunyit dan garam
Cara membuatnya:

1. Masukkan serbuk kunyit dan gaulkan rata.

2. Perasakan dengan garam secukupnya.

3. Perahkan jus limau nipis.

4. Gaul ratakan ayam rata dan sedia digoreng.


MEMASTIKAN TELUR MASAK

Ketika merebus telur ayam, ramai yang keliru dan tidak tahu samada telur sudah cukup masak atau belum waktunya untuk diangkat. Tip dan petua ini tentunya menambah pengetahuan anda. Selamat mencuba.

Kiriman:
Halipah Sulaiman
Kuala Kangsar, Perak.
Bahan-bahan:

Telur ayam, air & beras

Cara membuatnya:

1. Didihkan telur di dalam periuk.

2. Masukkan beras.

3. Apabila nasi masak tutup api dan sejukkan.


Pucuk Paku Goreng Belacan

Photobucket

Hari ni dapat memasak sediakan lunch untuk family. Kalau tiga minggu yang lepas berturut-turut memang busy sampai tak sempat masak. Hari Jumaat Sabtu asyik ulang-alik ke tempat kerja sebab dalam proses perpindahan bangunan. Balik tengahari terus beli lauk tunjuk je sebab tak sempat nak masak.Tapi sekarang dah settle. Dah selamat berpindah kat bangunan baru. Alhamdulillah. Jadi weekend dah kembali normal bolehlah memasak buat family tersayang...

So menu hari ni saya masak ketam...buat masak lemak dan sayur pucuk paku digoreng dengan belacan. Masak lemak ni ikut style mak saya masaklah...siapa lagi sifu terawal dalam hidup kan? Anak-anak memang suka sangat ketam masak lemak ni.

Photobucket

Untuk buat sayur pucuk paku goreng belacan tu saya ambil resipi daripada blog Kak Hanieliza. Selalunya kalau beli pucuk paku saya buat masak lemak campur ikan bilis. Tapi tak sesuailah pulak dua2 masak lemak kan? So try lah pulak goreng belacan ni. Masa tumis bahan2 tu memang harum sungguh baunya. Terus terasa nak makan nasi masa tu jugak :))

Ok kat bawah ni resipi asal dari K.Liza...tq akak!

PUCUK PAKU GORENG BELACAN  
Sumber : K. Hanieliza

Bahan:

2 ikat pucuk paku
2 tangkai cli merah [hiriskan]
2 ulas bawang merah
3 s/b minyak
garam

Bahan Tumbuk:

6 tangkai ciliapi [jika mahu pedas boleh tambah]
3 cm belacan
1 s/b udang kering

Cara

1. Pucuk paku hanya diambil daun hijau sahaja. Basuh dan toskan.
2. Tumiskan bahan tumbuk dan bawang hiris dan masakkan sehingga wangi.
3. Masukkan daun pucuk paku, cili merah dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan air dan kacau lagi sehingga sayur lembut.
5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.

Photobucket

Thursday, April 28, 2011

Sotong Goreng Kunyit

Photobucket

Assalamualaikum...
Semalam tercari-cari resipi nak masak sotong. Balik kerja dah lewat petang, so naklah masak yang simple2 je. Suami & anak2 pun semua nak makan di rumah. Kena masaklah jawabnya hehe...

Resipi asalnya daripada Resipi Raidah. Thanks for sharing ye!Best juga berblog ni. Boleh share macam2...resipi, petua, cerita dll. Tapi saya ni masih baru nak menambah kenalan dan kongsi mengongsi nih...

Rasanya ramai yang dah biasa masak mcm ni..cuma yg ni saya punya version. Daun bawang tak bubuh sebab tak ada stok. Yang saya tambah cili hijau dari pokok belakang rumah dan halia. So nak panggil sotong goreng halia ke kunyit ke? Confuse sekejap..heheh.Maklumlah saya ni bukannya expert bab masak-memasak ni. Masak pun yang betul2 simple. janji boleh masuk perut...:-)) Oklah ni saya copy resipi asal Puan Raidah...

Bahan-bahan:

250g sotong ~ bersihkan dan dipotong bulat
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 batang daun bawang ~ dipotong dalam 1 inci
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan sotong, bawang besar dan kunyit.

2. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau rata dan bolehlah diangkat. (Masak sotong sekejap saja kerana sotong akan menjadi keras jika dimasak lama)

Photobucket

Saturday, April 23, 2011

Satu Harapan

Artikel ni sebenarnya dalam paper semalam. Tapi baru dapat baca sepenuhnya petang tadi. Seronok bila dengar orang dapat pergi umrah atau haji. Tambah2 lagi bila terlibat dengan pemeriksaan kesihatan untuk jemaah haji. Tahun ni cadangnya nak mula dah pemeriksaan untuk bakal jemaah tu bulan 5 ni (yang tinggal tak berapa hari lagi!). Hujung bulan 3 hari tu dah pergi kursus untuk pemeriksa. Tapi check yang nak pergi je lah...diri sendiri bila lagi??? Sentiasa bertanya dalam hati. Makcik pakcik yang diperiksa tu pun ada juga yang bertanya..'"dah sampai ke belum?".
Keinginan nak pergi tu sentiasa ada. Apatah lagi bila dengar kawan2 ramai yang dah sampai ke sana samada mengerjakan haji ataupun umrah. Bulan 6 ni pun ada seorang staf akan ke sana mengerjakan umrah. InsyaAllah...akan sentiasa berdoa dan berdoa agar diberi peluang dan kesempatan olehNya untuk ke sana jua dalam waktu terdekat ini...Ameen!

Dipetik dari Utusan Online 22/4/2011

UMRAH MAKIN POPULAR

Oleh Azmi Abdul Malek

Jemaah umrah menziarahi makam golongan syuhada yang gugur di medan perang ketika mempertahankan Islam di Bukit Uhud.

Keadaan ekonomi dunia Islam yang semakin baik memberi peluang kepada umat Islam mengerjakan haji dan umrah setiap tahun.

Walaupun kos mengerjakan haji dan umrah agak tinggi, umat Islam termasuk di Malaysia terus berlumba-lumba untuk ke tanah suci Mekah dan Madinah menunaikan ibadah haji dan umrah.

Mereka percaya menunaikan ibadah berkenaan tidak merugikan malah Allah membalasnya dengan menambah rezeki masing-masing.

Berdasarkan keyakinan inilah mendorong ramai jemaah umrah negara ini sanggup berkorban harta dan masa demi menyahut seruan Allah di Masjidil Haram sebagai tanda pengabdian mereka terhadap Pencipta Yang Maha Esa.

Masjidil Haram mempunyai kelebihan dan unik berbanding mana-mana tempat di dunia. Kemuliaan ini kerana ia terletak di bumi Makkah yang terdapat binaan Kaabah di dalamnya dan banyak dalil daripada al-Quran yang menyebut hubungkait antara Kaabah, Masjidil Haram serta Mekah secara umum.

Perkataan Masjidil Haram disebut sebanyak 15 kali dalam al-Quran yang menunjukkan kelebihan dan kemuliaan Masjidil Haram serta Mekah keseluruhannya.

Sehubungan itu ratusan ribu umat Islam membanjiri Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah pada setiap solat Jumaat terutama musim haji dan umrah.

Di samping menunaikan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di Masjidil Haram, pengunjung turut melaksanakan ibadah umrah.

Selain pengunjung daripada seluruh dunia, rakyat tempatan terutamanya dari Riyadh dan Kuwait membajiri Masjidil Haram untuk menunaikan solat Jumaat sekali gus menunaikan ibadah Umrah.

Penulis bersama 44 jemaah Malaysia yang menunaikan umrah dikendalikan TH Travel sempat meninjau keadaan di Madinah dan Mekah di sepanjang 14 hari, baru-baru ini.

Keadaan cuaca yang tidak begitu panas amat selesa kepada jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melaksanakan ibadah.

Ketika tiba di Madinah penulis bersama jemaah lain sempat solat lima waktu di Madinah selama tiga hari di samping melakukan solat sunat di Raudah yang dikatakan salah satu taman di syurga dan tempat doa yang paling mustajab.

Selepas itu jemaah menziarahi makam Rasulullah selain makam Khalifah Islam Pertama, Saidina Abu Bakar Al Sidek dan Khalifah Kedua, Umar Al-Khattab.

Sebelum berangkat ke Mekah pada pukul 3 petang hari keempat (24 Mac 2011), jemaah dibawa melawat ladang unta dan pasar kurma.

Di Bir Ali jemaah memakai ihram dan berniat umrah sebelum meneruskan perjalanan enam jam menuju Mekah.

Sepanjang jalan jemaah mengambil kesempatan tidur dan berehat sehingga sampai ke Kota Mekah pada pukul 9 malam.

Selepas menyimpan beg pakaian di hotel yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Masjidil Haram, jemaah bersama-sama melaksanakan ibadah tawaf dan saie yang menjadi syarat wajib untuk ibadah umrah.

Seorang jemaah, Siti Zabidah Setia, 52, berkata, beliau bersama suami mengambil masa kira-kira dua jam mengelilingi Kaabah dan saie.

“Kami menyelesaikan ibadah ini pada kira-kira pukul 2 pagi dan pulang ke hotel penginapan untuk berehat dan tidur sementara menunggu waktu solat subuh,” katanya.

Humaidi Hasan, 47, yang menunaikan haji pada tahun 2003 juga puas hati mengikuti rombongan umrah itu.

Katanya, bersama-sama dengan jemaah lebih muda usianya beliau berkesempatan masuk ke Gua Hira’ tempat Rasulullah mula-mula menerima wahyu Allah melalui Malaikat Jibril.

“Kami juga sempat mendaki bukit menuju Gua Tsur dengan menimba pengalaman yang tidak mudah dilupakan sepanjang hayat,” katanya.

Selain itu, para jemaah turut melawat Bukit Rahmah yang dikatakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah dari syurga beratus tahun lamanya.

Sementara itu, Ketua Rombongan TH Travel, Akmar Abdul Rahim berkata, selain kemudahan kapal terbang dan penginapan, anak syarikat Lembaga Tabung Haji (LTH) turut menyediakan makan dan minum jemaah di premis hotel sama ada di Madinah mahupun Mekah.

Katanya, pelaksanaan ibadah umrah kali ini berjalan lancar walaupun ada beberapa cabaran yang terpaksa dilalui jemaah.

“Kebanyakan jemaah gembira kerana dapat menjalankan ibadah umrah dengan jayanya di samping berdepan pelbagai dugaan Allah,” katanya.

Monday, April 18, 2011

Happy Birthday Hanim..!!

Nak juga bubuh entry ni today.....
Hanim post gambar dia potong cake birthday. So why not published dalam my blog hehe...

My one & only sweet sis. Still sweet forever hehe...Jami tanya 'sapa ambil gambar makchaq potong kek? Sedapla kek tu...' Sib baik dia tak sambung 'Jami nak kek...' jenuhlah mama nak gi cari malam2 ni..

So Hanim, thanks so much for being a very great sis to us!! Moga bahagia selalu disamping suami & anak2 yg meriah tu....(mana depa takdak pun dlm gambar?mayra pun tak kacau ke??)

Love u as always....


Taman Dapur

Hari ni letih sungguh bila balik dari kerja. Bukan sibuk sangat pun tapi ada beberapa problem kat workplace yang menyebabkan terasa 'stress'nya sampai sekarang. So, untuk tidak mahu terus fikirkan pasal problem tu kenalah cari sesuatu yang lain...
Saya ke belakang rumah. Ingat nat jenguk kain di ampaian. Ternampak pulak pokok-pokok yang hubby tanam. Hmm...tengok pokok cili banyak yang dah tumbuh dan berhasil. Kira nak masak memang ambil cili dari pokok sendiri saja. Mudah & free saje. Nak tunggu tomato & bendi pulak. Belum menjadi lagi..



Pokok daun pandan pun kali ni tanam menjadi. Sebenarnya dah banyak kali cuba tanam pokok pandan tu, tapi asyik mati je. Yang menjadi ni entah kali yang ke berapa. Alhamdulillah..hari tu buat bubur, serawa pisang, nasi lemak, pulut sekaya semua guna daun pandan sendiri. Tak payah minta2 lagi kat Alis belakang rumah..



Pokok-pokok lain yang ada..daun kari, serai & limau purut. Pokok limau purut tu bawa dari rumah lama. Bila ubah kat sini makin subur & tinggi tumbuhnya.




Memang seronok & lega rasanya tengok pokok2 ni....
Ok nak mula memasak untuk dinner pulak..bye!


P/S : Its Hanim's birthday today. HAPPY BIRTHDAY HANIM..may Allah bless u always & have a great day!

Monday, April 11, 2011

Untuk Dikongsi Bersama...

Saya terbaca artikel ini semasa sarapan di warung tadi. Menarik juga. Mari kita renungkan bersama..
Dipetik daripada ruangan agama akhbar Berita Harian hari ini.

TIDAK DILAYAN ISTERI BUKAN ALASAN UNTUK CURANG
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

2011/04/11

SAYA tertarik apabila membaca kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa isteri tidak bertanggungjawab menjadi punca suami melakukan hubungan sulit.

Beliau mendakwa, ada masanya bila suami ‘ada keinginan’ tetapi pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana ‘sedang masak’ atau ‘sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara’. Dalam Islam, katanya, seorang isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami. Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan isteri, ada suami pergi ke tempat sulit untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Saya tidak pasti berkaitan kajian yang pernah dijalankan bagi menyokong penemuan ini. Perlu dikemukakan statistik berkaitan sebelum saya dapat mengambil pendirian dalam hal ini. Bagaimanapun, pada pandangan saya memang ada sedikit kebenaran kenyataan Presiden PERKASA itu khususnya tanggungjawab isteri melayan keinginan dan kehendak suami.

Memang ada di kalangan ulama sudah disepakati mengenai tanggungjawab isteri terhadap suami ini. Nas al-Quran dan hadis juga banyak boleh dikutip bagi menyokong hujah ini.

Persoalan juga timbul dari kenyataan itu adakah kebanyakan suami begitu rendah imannya melakukan larangan Allah semata-mata kerana isterinya tidak mahu memenuhi tuntutannya? Tidak ada jalan lainkah yang diajar agama bagi menangani masalah sebegini?

Dalam memperkatakan tanggungjawab isteri ini kita sebenarnya tidak boleh lari daripada meneliti tanggungjawab suami juga. Jika ingin mengambil Islam sebagai autoriti, kita mesti mengambil secara keseluruhan dan bukan dalam kompartmen tertentu saja.

Memang benar isteri perlu berhenti daripada membuat perkara lain sekiranya suami mempunyai keinginan untuk bersama isterinya. Memang benar juga isteri perlu berhias untuk suami dan melayan suaminya. Tetapi, realitinya isteri itu turut dibebankan dengan tanggungjawab lain yang tidak perlu sebenarnya dipikul isteri. Urusan rumah tangga dan anak secara eksklusif digalas isteri.

Dalam Islam tugasan menyediakan makan minum suami sebenarnya bukan tanggungjawab hakiki isteri. Tetapi isteri sekarang bukan saja dibebankan dengan tanggungjawab memasak malah menjaga anak dan ramai juga yang berkerja bersama-sama membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga.

Semua ini sebenarnya tanggungjawab suami yang perlu menyediakannya. Suami sepatutnya menyediakan pembantu rumah. Begitu juga halnya mengasuh anak.

Sekiranya semua ini disediakan oleh suami saya berpandangan pada masa itu, isteri wajib menuruti apa saja kehendak suami.

Dalam Islam apabila seseorang itu diberikan sesuatu keistimewaan ia bukan datang begitu saja. Ia sebenarnya juga disertakan dengan tanggungjawab. Lebih banyak keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab yang disertakan. Setiap suami harus sedar tanggungjawab ini dan tidak hanya memikirkan hak dan keistimewaan diberikan kepada mereka saja.

Sebagai seorang manusia, isteri juga mempunyai perasaan dan kelemahan. Sudah pasti isteri yang pulang dari bekerja itu berasa letih dengan kerja di pejabat.

Amat tidak munasabah sekiranya isteri ini juga selepas pulang dari kerja dibebankan lagi dengan pelbagai tugasan lain sedangkan si suami duduk menonton televisyen ataupun beristirehat saja. Sebagai ketua keluarga suami perlu menjaga kebajikan keluarganya. Suami akan dipersoalkan kelak sekiranya gagal mentadbir keluarganya dengan baik.

Saya sangat percaya jika suami isteri mengambil neraca Islam sebagai panduan keharmonian rumah tangga mereka sudah pasti tiada seorangpun akan teraniaya dalam keluarga. Malah isu mengadakan hubungan sulit dengan orang lain juga tidak akan timbul kerana hubungan suami isteri itu disulami dengan sulaman akhlak budi pekerti dan ketakwaan.

Keengganan isteri melayan suami bukan tiket kepada suami untuk berlaku curang. Islam mengajar bagaimana mendidik isteri nusyuz atau derhaka kepada perintah sah suaminya. Pada awalnya suami hendaklah menasihati isteri supaya tidak derhaka kepada suaminya.

Sekiranya masih berdegil maka hendaklah diasingkan tempat tidur antara suami dan isteri dan sekiranya isteri itu masih berdegil ingkar kepada arahan suaminya dibenarkan kepada suami itu memukul isterinya bagi tujuan mengajar.

Bagaimanapun pukulan itu hendaklah tidak mencederakan isteri dan tidak boleh dipukul pada bahagian tertentu seperti muka dan bahagian sulit.

Wanita dijadikan Allah daripada tulang rusuk sebelah kiri lelaki. Tulang rusuk ini begitu dekat dengan hati sebagai simbolik wanita itu hendaklah dicintai. Wanita tidak dijadikan daripada tulang di kepala untuk dijunjung ataupun tulang kaki untuk dipijak. Begitu indahnya kejadian wanita dijadikan Allah untuk kita fikirkan bersama.

Berbalik kepada kenyataan Ibrahim tadi, saya menyarankan tidak kira suami ataupun isteri perlu melihat dalam diri mereka sendiri terlebih dulu sebelum menuding jari mendakwa orang lain melakukan apa-apa kesilapan ataupun menjadi penyebab berlakunya gejala sosial.

Mendakwa orang lain menjadi penyebab kepada perlakuan salah seseorang yang lain amat tidak adil. Sebaliknya kita hendaklah melihat kepada diri sendiri sebelum mengatakan orang lain bersalah.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my



Saturday, April 9, 2011

Sup Hameed Penang


Kami ke Penang lagi minggu ni. Saja.Tetiba je rasa nak me'release'kan stress/tension dalam kepala ni. ke mana  lagi yang senang dan dekat..Penang lah. Check in kat Gurney Hotel satu malam. Budak2 pun suka sebab boleh swimming. Pool dia pun best.
Malam tadi gi dinner kat Restoran Sup Hameed yang famous kat Jalan Penang tu. Ni kali kedua kami pi makan kat situ. Masa first time dulu, hubby je makan sup kambing dengan roti bengali. Tapi kali ini saya pun order sekali menu tu. Tapi budak2 tak nak. Depa makan nasi dengan ayam goreng. Boleh tahan jugak sup tu. Rasa sekali, memang rasa nak pekena lagi...



Saturday, April 2, 2011

Puding Roti Marble Coklat

Hari ni tak ke mana-mana. Berehat je kat rumah. Siap tidur satu round lepas lunch tadi. Bila bangun...hmmm nak masak apa ye petang ni. Tengok2 dalam fb terbaca pasal puding ni yang dibuat oleh seorang kawan, Watie...thanks for sharing ye! Yang buat puding ni sebab tengok ada roti yang tak habis2..anak2 pun dah tak nak makan. Takkan nak buat puding roti lagi...jemu juga. So saya cubalah resipi baru dan simple ni. Kebetulan semua bahan-bahan yang diperlukan ada kat rumah. Masa tengah menaip ni puding tu dah siap. Tengah disejukkan dalam fridge. Belum makan lagi..so tak tahu lagi rasa dia macamana..heheh..

Layan resipi dululah ok..

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan:

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco

Cara-cara:

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.

Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah mendidih tadi.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.

Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).

Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang semula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam

** Nota : Kemanisan puding sila alter ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.


Photobucket


Photobucket
puding dah siap ,,,mmm memang sedap!

Photobucket


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...