Pages

Friday, April 29, 2011

Pucuk Paku Goreng Belacan

Photobucket

Hari ni dapat memasak sediakan lunch untuk family. Kalau tiga minggu yang lepas berturut-turut memang busy sampai tak sempat masak. Hari Jumaat Sabtu asyik ulang-alik ke tempat kerja sebab dalam proses perpindahan bangunan. Balik tengahari terus beli lauk tunjuk je sebab tak sempat nak masak.Tapi sekarang dah settle. Dah selamat berpindah kat bangunan baru. Alhamdulillah. Jadi weekend dah kembali normal bolehlah memasak buat family tersayang...

So menu hari ni saya masak ketam...buat masak lemak dan sayur pucuk paku digoreng dengan belacan. Masak lemak ni ikut style mak saya masaklah...siapa lagi sifu terawal dalam hidup kan? Anak-anak memang suka sangat ketam masak lemak ni.

Photobucket

Untuk buat sayur pucuk paku goreng belacan tu saya ambil resipi daripada blog Kak Hanieliza. Selalunya kalau beli pucuk paku saya buat masak lemak campur ikan bilis. Tapi tak sesuailah pulak dua2 masak lemak kan? So try lah pulak goreng belacan ni. Masa tumis bahan2 tu memang harum sungguh baunya. Terus terasa nak makan nasi masa tu jugak :))

Ok kat bawah ni resipi asal dari K.Liza...tq akak!

PUCUK PAKU GORENG BELACAN  
Sumber : K. Hanieliza

Bahan:

2 ikat pucuk paku
2 tangkai cli merah [hiriskan]
2 ulas bawang merah
3 s/b minyak
garam

Bahan Tumbuk:

6 tangkai ciliapi [jika mahu pedas boleh tambah]
3 cm belacan
1 s/b udang kering

Cara

1. Pucuk paku hanya diambil daun hijau sahaja. Basuh dan toskan.
2. Tumiskan bahan tumbuk dan bawang hiris dan masakkan sehingga wangi.
3. Masukkan daun pucuk paku, cili merah dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan air dan kacau lagi sehingga sayur lembut.
5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...