Pages

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

Assalamualaikum...

Esok Insya Allah kita semua akan mula berpuasa dan beribadah di bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia, bulan Ramadhan AlMubarak. Dengan kesempatan ini  saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua sanak-saudara, rakan-rakan dan kenalan baru @ lama tak kira di mana jua anda berada. Selamat menjalani ibadah puasa dan lain-lainnya, didoakan agar kita semua diberi kekuatan & kesihatan yang baik untuk beramal ibadah. Semoga segala amal ibadah kita di bulan yang mulia ini diberkati dan diterima Allah SWT. Mohon maaf dari saya kiranya ada salah dan silap,terlanjur kata yang mengguris perasaan samada yang disedari ataupun tidak. Semoga kita beroleh yang terbaik pada Ramadhan kali ini Insya Allah...

Friday, July 29, 2011

Sambal Tumis Udang Petai

Photobucket

Hari ni 29 Julai 2011 hari lahir En Hubby, yg ke berapa ye??? Kebetulan jatuh pada hari cuti dan bolehlah saya masak special sikit untuk lunch. Tapi macam biasa saya masak yg simple2 saja...Sambal tumis udang dgn petai, buttered prawn sebab anak sulung tu tak makan sambal tumis & lala rebus. Petai tu mentua yg datang bagi semalam. Diorang singgah rumah petang semalam lepas balik dari dusun. Dapat sebesen besar buah rambutan dan beberapa biji buah cempedak. rezeki-rezeki...heheh..! Tapi saya bagi2 pada jiran-jiran kat sini, tak larat nak makan banyak2...
 
Photobucket


Buttered Prawn ni dah pernah buat sebelum ni, ikut resipi K.Ummi. Resipinya kat n3 yg lepas di sini. Resipi sambal tumis udang saya kongsikan dibawah ni...

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
Sumber : TiffinBiru CMG
 
BAHAN-BAHANNYA :

20 ekor udang saiz besar, buang kulit dan tinggalkan ekornya, cuci dan toskan
4 papan petai, ambil isinya.
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan jus asam jawa (atau ikut rasa)
3/4 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (@serbuk perasa)

BAHAN KISAR HALUS :

1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :

1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan petai dan jus asam jawa. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat.

2.Tambah udang dan bawang hiris, masak hingga udang masak dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

P/S: Tengah masak carrot cake, takkan birthday tak ada kek hubby ye...entry kemudian bila dah siap, harap2 menjadi.. :-))  HAPPY BIRTHDAY DEAR HUBBY!!

Thursday, July 28, 2011

Puding Karamel

Assalamualaikum,

Tak berapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan AlMubarak...jadi dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa' buat semua rakan yang beragama Islam. Semoga segala amal ibadah kita di bulan yang mulia ini mendapat berkat daripada Allah SWT hendaknya. Dan tentunya yg paling sibuk di dapur waktu berbuka dan bersahur adalah kaum ibu. Sudah semestinya akan menyediakan juadah yang enak dan istimewa untuk family tersayang, kan?  Tak apa jgn risau...blog masak2 byk dah sekarang ni, boleh pilih & cuba mana2 masakan yg berkenan. Terima kasih byk2 kpd rakan2 yg sudi berkongsi resipi & ilmu memasak. Semoga Allah membalas budi baik kalian!

Photobucket

Puding karamel ni pernah menjadi favourite saya waktu mula2 kahwin dulu. Sekarang pun masih menggemarinya cuma dah jarang membuatnya. Maklumlah En. Hubby kurang sikit kalau bab2 ada telur ni. Tapi kalau ada puding karamel ni waktu berbuka memang best kan?

Resipinya saya cnp drp blog DayangJack kat sini DapurKu Sayang
Terima kasih ye Dayang!


Bahan-bahan :

Karamel :

6 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air
2 sudu besar air panas


Cara-cara :
Hanguskan gula bersama air. Apabila sudah kekuningan, masukkan air panas. Kacau hingga perang pekat. Terus ratakan pd loyang yg bersesuaian. Ketepikan.

Puding :

4 biji telur
300 ml susu cair / susu segar
80-90 g gula halus
1/2 sudu makan jus lemon (boleh juga guna 1 sk esen vanilla)

Cara :

Satukan gula dan telur di dlm satu bekas. Pukul perlahan-lahan sehingga gula larut dan sebati tetapi jgn sampai berbuih.
Kemudian masukkan susu dan jus lemon. Kacau lagi hingga sebati. Tapiskan.
Tuangkan ke dalam loyang berkaramel tadi.
Bakarlah secara steam bath sehingga masak. (suhu bergantung pd jenis oven masing2).
Kalau nak kukus pun boleh juga. Caranya ialah tutupkan loyang dgn kertas foil dan kukuslah hingga masak.

*** kalau nak bagi puding ni cantik dan tak berlubang2, pastikan telur dikacau perlahan-lahan dan tidak berbuih sama sekali.

*** boleh juga ditambah dgn 1/2 makan tepung kastard + 1 sudu makan air (dibancuhkan) jika suka.

Photobucket

Sunday, July 17, 2011

Kek Zebra

Alhamdulillah dah selamat berbuka puasa tadi. Bolehlah tengok blog pulak. Anak-anak, Naufal dan Nafis pun turut sama berpuasa. Petang tadi tengok Nafis terbaring ja tak larat menunggu waktu berbuka...kesian jugak tapi depa jugak yg bersemangat bangun sahur unt berpuasa sama2.

Minggu ni projek mengemas rumah pun dah bermula. Nanti dah masuk Ramadan tak larat pulak nak kemas itu ini. Dah siap kemas bahagian ruang tamu & tengah. Tengok dalam laci2 & almari & buang apa yg patut...dapat 2 beg plastik jugaklah benda tak terpakai!!

Dalam hati masa mengemas semalam teringat nak buat kek. Tepung kek masih ada berbaki. Tapi kena cari resipi yg simple2 aja memandangkan bahan2 yg ada terhad.

Photobucket


So termasaklah Kek Zebra ni daripada buku resipi Kompilasi Hidangan Kek oleh Nor Aini Zakaria empunya blog Resipi Noraini. Bila dah masak & potong nampak macam zebranya tak menjadi pulak, tak sama mcm yg dlm buku, skill tak kena kot..maklumlah buat kek sendiri2 tengok buku saja tak pernah pi kursus pun, tapi tak apalah unt kali ni (nak menyedapkan hati hehe..) janji rasanya sedap & keknya memang lembut.

Bila baca n3 K. Ita Masam Manis pagi tadi ada K. Ita ajar step by step cara membelang kek. Patutlah cantik ja kejadian belang kek K. Ita tu. Kagum sangat2 dgn K. Ita. Lain kali nak try cara tu pulak tp tak tahulah tgn ni menjadi ke tidak hehehe..

Di bwh ni saya kongsikan resipi Kek Zebra tu...

Bahan-bahan:

250gm mentega
220gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
200gm gula kastor
50gm air susu - saya guna fresh milk
4 biji telur gred A
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh emulco coklat

Cara membuatnya:

Griskan acuan bulat berukuran 8 inci. Lapis dgn kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180C
Satukan mentega, gula kastor dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung kek yang telah diayak bersama serbuk penaik, sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli dgn air susu.
Bahagikan adunan kpd 2 bahagian yg sama banyak.
Satu dibiarkan warna asal dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan emulco coklat. Gaul hingga sebati.
Ambil satu senduk warna asal dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Diikuti pula adunan warna coklat. Buat cara yang sama hingga adunan habis.
Goyangkan acuan supaya adunan rata. Bakar selama 1 jam.

Friday, July 15, 2011

DAGING HITAM MANIS SUNGAI PAHANG

Assalamualaikum..

Hari ni saya masak Daging Hitam Manis dengan mencuba resipi daripada Majalah Rasa keluaran Ogos 2011. Baru je beli majalah tu pagi tadi. Keluaran kali ni mengandungi resipi juadah tradisional pagi raya Melaka, Pahang & Kedah. Banyak jugalah resipi2 rendang & serunding. Ada juga resipi2 kek lapis dan puding. Tu yang buat tertarik membelinya..


Photobucket

Cara buat daging ni bahan2nya sama mcm yg pernah saya cuba, Daging Masak Hitam. Cuma resipi yg saya dpt drp sorang kawan tu kena perap daging dulu dgn bhn kisar & kicap, kemudian masak je semua sekali sampai pekat & pecah minyak. Tapi masak ikut resipi ni pun ok jugak. Bahan kisar tu ditumis dulu baru masukkan daging. Kita tengok resipi ni sepenuhnya ye...

DAGING HITAM MANIS SUNGAI PAHANG
Sumber : Majalah Rasa Ogos 2011

Bahan-bahan :

1kg daging - direbus dan dihiris ikut suka
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu makan cili kisar
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 helai daun limau purut
250ml air asam jawa
250ml air rebusan daging
125ml kicap pekat
Air secukupnya
4 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
4 btg serai

Photobucket

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang serta cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging dan air rebusan daging.
3. Setelah itu masukkan pula gula merah, kicap pekat dan air secukupnya. Kacau rata.
4. Seterusnya tambahkan garam secukup rasa dan air asam jawa. Sebatikan.
5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan bawang besar. Didihkan selama 5 minit lagi.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Photobucket

Tuesday, July 12, 2011

Handbag Raye ...bestnya!!

Petang tadi dapat sms drp my sis, Hanim yg dok kat Bangi..bagitau dia nak ke UK minggu depan. Sampai rumah je terus call dia kononnya nak ikut pi jugak hikhik....Bukannya sungguh2 pun, manalah ada budget last minute ni, lagipun dia pergi kerana tugas, bukannya melancong sesaje. Bila dia tanya nak kirim handbag tak, terus kata 'nakkk..' hehehe..

So dari petang tadi dok surf design2 handbag yg berkenan di hati unt buat contoh...harap2nya dapatlah satu yg berkenan di hati ye Hanim...!  Bolehlah buat pakai raya !! (posa Ramadan pun belum lagi...dah semangat nk raya :))

Di bawah ni antara yg sempat di tengok dan berkenan, nanti kalau ada nak update lagi, b4 next Friday..





Mmmm...boleh kirim apa lagi ye Hanim..???

Monday, July 11, 2011

Nasi Daging

Salam ..

Nak berkongsi menu tengahari kami hari Jumaat baru2 ni. Cuti kan , so bolehlah masak untuk lunch. Hari tu ternampak Nannie tayang nasi Beriani kat blognya di sini. Nannie gunakan rempah Shan dalam resipinya. So hari Khamis tu balik dari meeting kat Alor Setar saya singgah Giant sekejap. Saya carilah juga rempah jenama Shan ni, tapi tak jumpa. Ingat nak juga try masak nasi beriani yg sedap tu tapi tak apalah lain kali cari lagi. Tengahari Jumaat tu masa fikirkan nak masak apa dan belek2 resipi kat dalam buku 1 Hari 1 Resipi K. Liza tu, saya terus rasa nak buat Nasi Daging, simple & daging pun ada. Jadi makan nasi daging cicah air asam lah kami sekeluarga hari tu...

Photobucket

Di bawah ni resipi asalnya, sukatan tu ikut family masing2 ye, kalau ramai  bolehlah buat byk2 ..

RESIPI NASI DAGING
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resipi oleh Chef Hanieliza

Bahan A:

1 kg daging - dipotong sebesar 4 inci dan direbus dengan halia hingga lembut.
6 cwn beras basmati - saya guna beras biasa saja..
7 cwn air rebusan daging
1/2 cwn susu cair
3 sudu makan minyak sapi
3 biji tomato (dicincang) - yg ni sy tak bubuh sebab ada pun cukup2 unt buat air asamnye nnti...
3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
2 sudu besar kismis - tak ade stok so x bubuh juga hehe..
5 helai daun pandan (disimpul)
garam dan gula secukup rasa - gula sy tak bubuh pun

Bahan B ( bagi menumis):

2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 labu bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik. Kemudian tumiskan semua Bahan B.
2. Masukkan rempah kurma yg sudah dibancuh dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair dan daging. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis.
5. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya dan biarkan nasi masak seperti biasa.
6. Hidangkan dengan dalca sayur-sayuran dan air asam.

Photobucket


Photobucket
air (ayaq)  asam...perghh yg ni yg buat sedap tu hehe!!

Photobucket
dalca pun ada...

Monday, July 4, 2011

Pajeri Terung

Photobucket

Assalamualaikum..

Hari ni nak berkongsi resipi masakan pajeri. Memang ni salah satu favourite saya especially pajeri terung. Selalunya jumpa yg dibuat pajeri kalau kat utara ni terung, nenas dan rebung. Pernah juga makan pajeri mangga/mempelam kat rumah kenduri. Sedap juga. Tapi terung still favourite saya nombor satu...kalau makan nasi ada pajeri ni dengan ikan temenung goreng panas2 pun dah cukup sedapp!

Bahan-bahan:

3 biji terung panjang sederhana besar ( dipotong 2/3 bhgian dan dibelah dua jgn sampai putus)
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih  - ditumbuk
2 cm halia (dihiris)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit udang kering (ditumbuk)  -optional
2 cawan santan - saya guna santan kotak brand M&S (kepekatan ikut citarasa sendiri ye..)
2 sb kerisik
Sebungkus rempah kari daging Adabi 24gm - ini pun ikut citarasa masing2 brand apa nak guna
minyak untuk menumis
garam dan gula

Photobucket

Cara membuatnya: 
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis i.e bawang, halia, kulit kayu manis, buah  pelaga, bunga cengkih & bunga lawang hingga kekuningan/naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang kering yang telah ditumbuk tadi dan goreng sebentar. 
  3. Selepas itu masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Biarkan rempah masak hingga pecah minyak dan selalu dikacau supaya tidak hangus.
  5. Kemudian masukkan kerisik, santan dan terung. Tambah air jika perlu. Masak sehingga terung empuk.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Biarkan hingga kuahnya pekat sedikit.
  8. Angkat dan bolehlah dihidang.

Saturday, July 2, 2011

Kek Pisang

Photobucket


Salam,
Dah byk hari tak update blog. Semua ni gara2 line internet yg  ada problem beberapa hari ni. Sebenarnya ni gambar lama, buat kek ni dalam beberapa minggu yg lepas dan belum sempat diuploadkan kat sini. Resipi ni dapat dari fb Kongsi Resipi kat link di bawah ni.

KEK PISANG

Sumber : Kongsi Resipi

Bahan-bahannya:

2 cwn tepung gandum
3 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonate
1 camca garam
3/4 cwn gula pasir
2 biji telur
1/ 1/2 cwn pisang
1 cwn butter/minyak masak
1 camca esen vanila

Cara2nya :

1. Pukul telur dgn gula(hingga kembng)

2. Pisang di lenyek + esen

3. Masukkan butter atau minyak masak

4. Masukkan tepung+garam+baking powder+soda bikarbonate

5. Kukus (1 jam)


Photobucket


KEK PISANG BAKAR (CARA SENANG & MUDAH)

Bahan2nya:

2 cwn gula
3 cwn tepung gandum
2 cwn minyak masak atau butter
6 biji pisang - dilenyek berasingan
2 tsp soda bikarbonate
6 biji telur

Caranya:

Kesemua bahan ini diblender.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit @ sehingga masak.

Nota:
Saya buat versi bakar ni. Tapi tak masukkan semua bahan sekaligus. Blender kecik so saya buat satu persatu. Suhu membakar pula ikut oven masing2 ya !

SELAMAT MENCUBA ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...