Pages

Saturday, August 21, 2010

Resipi Kasih Ibu

Dalam tercari-cari resipi untuk juadah berbuka hari ini, terjumpa pulak satu resipi yang amat menarik dan unik. Resipi kasih ibu ini hasil ilham Puan Norzailina Nordin, pakar masakan yang tidak asing lagi...

250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }
50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat

Bahan Hiasan:

10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat
1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.

"Ya Allah, bantulah aku agar dapat menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku. Moga mereka dikurniakan kesihatan yang baik, membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berjaya kelak di dunia & akhirat...Aminn"

Friday, August 20, 2010

Puding Roti

Saya memang penggemar puding & salah satu daripadanya adalah puding roti / bingka roti. Dulu pernah cuba satu resipi ni tapi tak berapa menjadi. Semalam Alhamdulillah search resipi ni dlm fotopages jumpa...dah buat untuk berbuka and menjadi. Abang & angah tak henti2 puji kata sedap sangat. Thanks to K. Liza kerana share resipi yg ringkas & sedap ni!

Di bawah ni resipi asal daripada K. Liza...saya just tabur kismis kat atas je sebab takut anak2 tak suka. Sos pun tak buat semalam. Tapi kalau mkn dgn sos tentu lg sedap kan..!
PUDING ROTI
Bahan A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam
Sos Kastad:
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
CARA:
1. Hancurkan / koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
NOTA: Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais krim coklat/vanilla dan sebagainya.. ataupun cream coklat.

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Semalam dapat idea nak buat nasi tomato. Actually pagi tu masa kat tempat kerja bersembang dengan sorang staff tu pasal menu untuk berbuka ni lah...last2 teringin nak mencuba buat nasi tomato dan ayam masak merah...

Daging masak kurma tu saya beli ja masa balik dari kerja...tu untuk abang & angah yang tentunya tak makan ayam masak merah..

Hubby terkejut juga tengok hidangan untuk berbuka hari tu..sampai dikatanya saya beli kat bazar Ramadhan pulak! Actually rempah untuk ayam tu ada dijual di pasar...rempah giling yang orang kita buat.ok juga. cuma perlu tambah santan je...
Untuk nasi tomato saya try resipi yang kat dalam majalah Rasa edisi Ramadhan tahun lepas. Berbaloi jugalah masak semalam...!

Lagi juadah berbuka...

Dah seminggu tak update blog...tak sempat nak mengadap laptop. Balik kerja sediakan makanan, buka posa...lepas tu dah tak larat. Tidur awal sebab nanti nak bangun sediakan makanan untuk sahur pulak. Itulah rutinnya di bulan puasa ni. Alhamdulillah tahun ni setakat ini dapat lagi mengawal diri daripada membeli banyak sangat makanan di bazar Ramadhan.Taklah membazir. Baru sekali pergi..hari lainnya semua masak sendiri. Kalau pergi pun hubby sorang je pergi, beli satu dua kuih buat tambahan.
Kat bawah ni saya upload gambar2 masakan dalam seminggu berpuasa...
masak lemak ketam - sebelum
masak lemak ketam - selepas


sup tulang


                                         Try buat kuih kasui...hari ke-3 posa. Tapi keras sikitla.




Friday, August 13, 2010

Juadah Ramadhan

Alhamdulillah dah masuk hari ketiga Ramadhan...semalam tak sempat nak online. kerja. di samping najmi & angah yg demam pulak semalam. angah cuba berpuasa tapi kurang air agaknya. jadi dia berbuka masa balik semalam jam 2 petang.
Syukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan Allah. Semalam jiran bagi agar-agar gula merah dan pajeri nenas. dapat bubur kanji pulak yang pakatan surau buat.jiran sebelah pulak bagi kurma sekotak. jadi semalam hanya goreng cucur udang berkuah kacang, masak sayur lemak kobis campur jagung & goreng ikan kembong.
Lepas berbuka, kenyang dengan bubur kanji dan cucur udang. nasi pun makan lepas terawih. tak larat nak makan sebenarnya bulan2 posa ni...apapun Alhamdulillah Syukur sempurna 2 hari berpuasa dan terima kasih kepada yang sudi memberi juadah berbuka...

my cucur udang...

Cucur udang ni guna tepung gandum, sebiji telur, garam & serbuk kunyit sedikit.bancuh dengan air agak2 tak cair & tak pekat sangat. kemudian tambahlah kucai & tauge & udangnya....goreng sehingga kuning/garing. simple je kan!
Hubby bulan posa ni suka sangat makan cucur udang. kalau tak buat dia akan pergi beli kat bazar Ramadhan. tapi biasalahkan yang dijual ada yang sedap ada yang tak...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini...
Hari ni 1 Ramadhan 1431H, Rabu 11 Ogos 2010 hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa. Syukur anak-anak pun bersemangat nak berpuasa. Setiap hari bertanya bila nak mula posa ni mama? Sahur tadi bangun jam 3.30 pagi. Sebenarnya kunci alarm jam 4.00 tapi si Najmi tiba-tiba terjaga dan muntah kat tempat tidur. Tak sedap badan rasanya. So dah terbangun tak berani nak tidur semula. Terus jerang nasi dan keluarkan ayam dari fridge. menu bersahur tadi...ayam goreng untuk abang & angah, sambal tumis sotong untuk abah, sayur kacang buncis goreng dengan hati, dan yang paling best...goreng ikan pekasam. Pekasam tu memang dah beli awal-awal lagi untuk bersahur di bulan posa ni.

Kesian Najmi..hari pertama kita berpuasa, dia demam pulak. Bila makan @ minum, muntah. Dapatlah makan nasi sikit.(goreng nasi yg saja dimasak lebih waktu sahur tadi).Lepas tu bagi minum ubat Paracetamol...muntah pulak sekali dengan air. Lepas tu dia tidur semula sampai pukul 4 tadi. Dapatlah memasak untuk berbuka nanti sementara dia tidur. Bangun petang ni bagi makan roti dan nampak dia ceria sikit. Mahu juga sembang & main dengan abang-abangnya..

Menu untuk berbuka hari pertama?
Daging masak kicap - budak2 tu kan suka masak kicap
Sambal sotong tadi ada lagi hehe...
Sup sayur kulat
Goreng ikan merah
Petai - tak sure lagi ni nk buat ulam ke tak?? Kalau buat ulam kena ada sambalnya..

dan teristimewa favourite abg & angah...semestinya puding cocktail
Gambarnya nanti saya uploadkan...(sebab skrg belum lg hidang)

SO, UNTUK SEMUA SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERBUKA !!

its 9.06 pm...selepas berbuka, solat maghrib & makan nasi. abah dah gi terawih.
najmi tengok tv dgn abg..cerita duyung tu la ..
mama depan laptop, time to upload photos...


ada ulam petai rebus & sambal tempoyak akhirnya...





Puding cocktail favourite anak-anakku. Dah pesan suruh buat untuk berbuka pada hari pertama.

Hmm...esok menu apa pulak ye?
Kena siapkan senarai untuk sebulan macam ni..kalau tak hari2 kena fikir ....

Wednesday, August 4, 2010

sekali sekala western food...

mmm...western la pulak. hubby beli daging kambing kt tesco.dah siap potong into slices. so mlm minggu hari tu try buat lamb chop blackpepper... jom mkn!





Najmi berselera makan... sambil berdiri pulak tu!

nak cuba skill memotong daging...




lagi from my kitchen...

SOTONG CELUP TEPUNG


BAWAL SWEET SOUR



AYAM MASAK KICAP


IKAN PEKASAM...yg ni yg paling best!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...