Pages

Saturday, July 13, 2013

*070713* NAJDI's 1st birthday

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam...

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan lagi pada tahun ini. Moga kita semua beroleh keberkatan dan diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah puasa dan ibadah sunat lainnya di bulan yang mulia ini.

Kalau tahun lepas sepanjang Ramadhan saya dalam tempoh berpantang kerana melahirkan Najdi, tahun ini saya berharap dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Alhamdulillah pada tanggal 7 Julai yang lalu iaitu 3 hari sebelum 1 Ramadhan,si bongsu saya Najdi telah genap umurnya 1 tahun. Saya masih menyusukan Najdi dan berharap agar terus diberi kekuatan olehNya untuk melengkapkan penyusuan Najdi sehingga umurnya 2 tahun.


Ini kek birthday Najdi. Saya beli di kedai kek Zam Chocolate House Cake & Bakery yang terletak berdekatan dengan rumah di Bandar Darulaman. Tak ada banyak pilihan, so saya beli saja yang ada gambar Ben10 ni (walaupun Najdi belum ada minat mana-mana karektor kartun lagi..:-).).

Sebenarnya kami buat birthday celebration ni pada 8.7.13 disebabkan saya & hubby masing-masing sibuk pada hari sebelumnya. Sambutan pun secara kecil-kecilan, tak sempat nak panggil sesiapa pun. Ingat nak celebrate petang lepas balik kerja tetapi kebetulan pada petang 8 hb tu masa saya sampai di rumah ada berita kematian seorang jiran di kawasan tempat tinggal. Jadi kami menziarah jenazah dahulu. Sebelah malamnya baru sempat potong kek.


Gambar Najdi dengan abang-abangnya sahaja yang sempat diambil.




Tengoklah tu..Najdi dah tak sabar-sabar nak makan kek pada pisau pemotong kek....last last nampak macam mukanya dah tersembam atas kek ... hahahha...


Najdi dah boleh berjalan tanpa berpaut seminggu sebelum umurnya genap 1 tahun...tapi masih lesen L lagi. Kadang-kadang tu tak stabil, jatuh terduduk juga. Seronok kan melihat perkembangan anak kecil, daripada meniarap, menjulur ke depan, merangkak, duduk dan berdiri sehingga boleh berjalan tanpa bantuan. Alhamdulillah perkembangan Najdi normal dengan peningkatan usianya. Dia pun dah banyak bercakap dan perkataan pertama yang jelas bunyinya adalah 'abah'. Kalau dengar azan berkumandang di radio/TV atau dari surau berhampiran, dia cukup seronok sambil tersenyum dan kata 'a-jan'! Dan bila lapar susu mulalah datang merengek kat saya sambil panggil 'ma'..'ma'..

Moga Najdi terus membesar dengan sempurna, menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat. 
Ya Allah, terima kasih atas anugerahMu yang terindah ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...