Wednesday, March 30, 2011

Hadiah Buat Mama

Its my birthday today...being 38 years old. I'm a daughter, a wife and a mother of three kids. Feeling so blessed with greetings and doa from family, friends, teachers and relatives.  Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Maha Pencipta Allah swt...aku masih lagi di sini menghirup udara segar mu di dunia bersama kasih sayang ibu dan bapa, suami, anak-anak serta kaum keluarga yang tak pernah putus. Ku syukuri nikmatmu Ya Allah! Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bersyukur dan di dalam rahmatmu selalu...moga diri ini dapat berhijrah menjadi insan yang bertaqwa dan lebih baik dari semalamnya...Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin...
with my sons - 30.03.2011
birthday card from Naufal & Nafis
Selamat JADI Mama...hmmm!
birthday gift untuk mama...hehhehe
Naufal kata tak cukup budget nak beli sharpener & pencil case! Hai anak mama...

Jami likes the present very much !
Dah sure akan dapat kat Jami hehe..


Friday, March 25, 2011

Pulut Seri Muka @ Pulut Sekaya


Hari ni memang tengah ada mood memasak. Pagi tadi hantar Nafis ke kelas Taekwon-do, lepas tu pergi 'market'. Beli ikan bawal, kepala jenahak, sayur & santan. Ingat nak buat gulai ikan bawal tapi hubby prefer asam pedas. So masak asam pedas ikan jenahak lagi hari ni dengan sayur campur.



Terasa pulak nak makan pulut sekaya. Beras pulut yang beli kat Danok hari tu masih ada. So search lah resipi kat internet...


amacam..nampak jadi tak?

Resipi nya....

Bahan bawah:

2 cawan pulut - dibasuh dan ditoskan. Lepas tu rendam 3jam
2 1/2 cawan santan cair
secubit garam.

Kukuskan pulut sehingga masak.

Bahan atas:

2 cawan santan pekat
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan air perahan daun pandan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar tepung beras
sedikit garam

Semua bahan ni saya blend saje...senang. Then tuangkan atas pulut yang dah dimasak tadi dan kukus semula hingga masak.

Inilah hasilnya....








Thursday, March 17, 2011

anak sedara

Hari Selasa baru ni Hanim sekeluarga mai bercuti di rumah. Mama, abah & Faiz ada sekali. Depa mai 2 buah kereta. Best jugak adikberadik mai ramai2. Sebabnya saya tak dapat nak balik kampung...kena kerja huhu..Thanks Hanim coz sempat mai hehe...So malam tu kami just buat bbq simple aje, buat ayam bakar. Masa tengah makan tu Paksu Ali, Maksu & Raimi pun mai bertandang. Sib baik memang dah masak nasi byk2. So depa pun joinla sekali makan2.

Ni bergambar dgn anak sedara yg paling kecik...Ainul Humayra namanya. Dah dekat nak balik baru sempat bergambar dgn dia. La dah 3 bulan. Dengan yg lain tak sempat pulak nak ambil gambar. Gambar masa pi jalan2 Pdg Besaq pun takdak.  Depa pun mai sekejap saja...tidoq 1 malam ja di rumah.

Wednesday, March 9, 2011

hmm...title apa ya?

Hmm..sebenarnya saja nak update blog. Dah lama dan jarang2 pulak dapat berblog ni. Sekarang tengah attachment kat Chest Clinic HAS. So sibuk lah juga berulang-alik ke Alor Setar. Dah lama tak masuk ke wad...10 tahun (sama dgn umur Naufal) dan ikut pakar buat ward round, tengok ho kena marah etc. Letih jugak ...tapi kekadang tu rasa enjoy jugak dapat berubah angin sekali-sekala.

Actually bukan nak cerita pasal hospital posting ni. Nak upload gambar sebenarnya. Hari ni menu dinner simple sangat...goreng ikan temenung dengan sayur campur udang masak sos tiram....

dalam kuali..

sayur dah masak..ready to be served

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...