Friday, March 25, 2011

Pulut Seri Muka @ Pulut Sekaya


Hari ni memang tengah ada mood memasak. Pagi tadi hantar Nafis ke kelas Taekwon-do, lepas tu pergi 'market'. Beli ikan bawal, kepala jenahak, sayur & santan. Ingat nak buat gulai ikan bawal tapi hubby prefer asam pedas. So masak asam pedas ikan jenahak lagi hari ni dengan sayur campur.



Terasa pulak nak makan pulut sekaya. Beras pulut yang beli kat Danok hari tu masih ada. So search lah resipi kat internet...


amacam..nampak jadi tak?

Resipi nya....

Bahan bawah:

2 cawan pulut - dibasuh dan ditoskan. Lepas tu rendam 3jam
2 1/2 cawan santan cair
secubit garam.

Kukuskan pulut sehingga masak.

Bahan atas:

2 cawan santan pekat
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan air perahan daun pandan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar tepung beras
sedikit garam

Semua bahan ni saya blend saje...senang. Then tuangkan atas pulut yang dah dimasak tadi dan kukus semula hingga masak.

Inilah hasilnya....








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...