Wednesday, April 11, 2012

KEK MARBLE TRIO CMG

Assalamualaikum...

Hari ni tak ke mana-mana, berehat je di rumah sempena cuti umum Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Menu lunch hari ni simple saja...nasi beriani, kerutuk ayam dan ayam goreng berempah. Sebabnya malas pergi pasar dan hanya ada ayam saja di rumah...

Photobucket

Dah selesai lunch rasa nak mem'baking' kek...dah lama rasanya tak makan kek yang dibuat sendiri. So saya google lah resipi dan terjumpa resipi kek marble trio dalam blog femes ni ...Dapur Tanpa Sempadan. Tengok bahan-bahannya pun ada di rumah dan mudah. Dah ramai yang membuatnya, kira saya ni terlewatlah menjumpai resipi ni, tapi tak apa lah kan ... budak baru belajar, nak me'marble' dan melorek pun lari juga 'alligment'nya heheh ... :-))

Berkenan sungguh tengok marble dan kaler kek oleh CMG tu. Rasanya pun memang diakui sedap. Tapi saya gunakan pewarna yang ada di rumah saja walaupun berkenan kaler ungu kek CMG tu.  Masa tengah bakar dalam oven pun anak2 dah tak sabar nak makan. Bila dah siap ja dan dah boleh makan....puji budak2 tu, "sedap sungguh mama kek ni !!" Hmmm bolehlah buat lagi nampaknya :-))

Photobucket


Resipinya di bawah ni buat rujukan masa depan ( CnP dari blog Dapur Tanpa Sempadan ) -- TQ CMG !

BAHAN-BAHANNYA :

300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin     *saya gantikan dgn 50ml fresh milk sebab tiada gliserin
20 gram air            *
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu    # saya gunakan serbuk koko, pewarna merah
Sedikit pewarna makanan ungu-violet #       dan hijau
1 camca teh coklat emulco #
Badam cincang secukupnya

Photobucket

CARA MEMBUATNYA :
1.Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.

2.Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.

3.Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.

4.Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.

5.Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.

6.Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....

Photobucket




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...