Pages

Friday, December 14, 2012

NAJDI

LATEST PICTURE-12.12.12 (5 BULAN ++)
Salam Jumaat,

Dah berkurun tak update blog...
Kembali bekerja selepas habis cuti bersalin 3 bulan, tambah2 ada baby ni, memang masa yang ada sangat terhad. Tapi hari ni curi-curi masa juga update sambil buat kerja pejabat guna lappy ni .
Seperti yang dijanjikan, entry kali ni nak upload gambar baby kecik ni yang lahir pada tanggal 7 Julai yang lalu. Putera saya yang keempat...MUHAMMAD HAFIY NAJDI.

Gambar kat atas tu masa umur 2 bulan. Baju tu aje lah yang kami beli kat Najdi masa pergi bercuti kat Singapore bulan Jun hari tu. Masa tu tengah pregnant 8 bulan. Alhamdulillah, Najdi lahir secara normal dengan berat 3.46kg. Masih menyusu badan dan harap-harap tu dapat terus menyusu hingga 2 tahun. Walau pun time kerja terkejar-kejar dan tercari-cari masa untuk memerah susu...:-(

sewaktu 6 minggu
Sekarang yang ni la kesayangan abang-abang nya, nasib baik abang yang sulung Naufal (11 tahun) tu dah pandai mengasuh, boleh juga bantu mama...

...sebulan...
...mana aci gambar Najdi saja kan....ni 3 hero abang2nya Najdi...

AIDILFITRI 2012
Yang ni pula gambar kami sekeluarga di kampung masa raya puasa hari tu. Masa tu Najdi genap 44 hari. Mama pakai dress menyusu Adrinis tu, nak bagi sedondon. Najdi pula pakai baju present dari kawan mama...sedondon juga kaler coklat, hehe..:-)

Ok jumpa lagi..Najdi dah "bunyi" tu...!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadan Al Mubarak



Assalamualaikum...

Ramadan datang lagi...syukur Alhamdulillah. Hari ni genap 14 hari saya dalam tempoh berpantang setelah selamat melahirkan cahaya mata keempat, Muhammad Hafiy Najdi. Belum sempat lagi nak upload gambar si bongsu saya ni... :) 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk  memohon maaf atas segala salah & silap kiranya ada dan moga kita semua diberi kesihatan yang baik oleh Nya bagi menjalani ibadah puasa pada tahun ini Insya Allah.

Salam Ramadan daripada saya dan keluarga...


Monday, July 2, 2012

Moga segalanya selamat...

Assalamualaikum....

Lama sungguh tak update blog, dah nak masuk 3 bulan... Hari ni terasa nak tulis something sebab sunyi dan bosan duduk memerap kat rumah. Kandungan dah masuk 38 minggu. Kira tengah menghitung hari je sekarang. Bila-bila masa baby boleh keluar. Saya dah mula bercuti sejak 2 hari lepas sebab dah tak larat berulang ke tempat kerja. Mungkin faktor umur agaknya, pregnancy kali ni terasa sangat kelainannya....cepat sangat letih, lenguh dan macam tiada mood. Saya banyak berehat dengan berbaring di atas katil je. 
Moga Allah permudahkan kelahiran kali ini sama seperti yang terdahulu...InsyaAllah!

Nak upload gambar-gambar kenangan with family.....




Ni masa percutian keluarga kat Singapore cuti sekolah yang lepas. Masa tu 32 mingggu. Terpaksa pergi juga walau tak berapa larat nak berjalan, sebabnya tiket Airasia tu dah beli dari tahun lepas lagi. Layan anak-anak.....





Wednesday, April 11, 2012

KEK MARBLE TRIO CMG

Assalamualaikum...

Hari ni tak ke mana-mana, berehat je di rumah sempena cuti umum Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Menu lunch hari ni simple saja...nasi beriani, kerutuk ayam dan ayam goreng berempah. Sebabnya malas pergi pasar dan hanya ada ayam saja di rumah...

Photobucket

Dah selesai lunch rasa nak mem'baking' kek...dah lama rasanya tak makan kek yang dibuat sendiri. So saya google lah resipi dan terjumpa resipi kek marble trio dalam blog femes ni ...Dapur Tanpa Sempadan. Tengok bahan-bahannya pun ada di rumah dan mudah. Dah ramai yang membuatnya, kira saya ni terlewatlah menjumpai resipi ni, tapi tak apa lah kan ... budak baru belajar, nak me'marble' dan melorek pun lari juga 'alligment'nya heheh ... :-))

Berkenan sungguh tengok marble dan kaler kek oleh CMG tu. Rasanya pun memang diakui sedap. Tapi saya gunakan pewarna yang ada di rumah saja walaupun berkenan kaler ungu kek CMG tu.  Masa tengah bakar dalam oven pun anak2 dah tak sabar nak makan. Bila dah siap ja dan dah boleh makan....puji budak2 tu, "sedap sungguh mama kek ni !!" Hmmm bolehlah buat lagi nampaknya :-))

Photobucket


Resipinya di bawah ni buat rujukan masa depan ( CnP dari blog Dapur Tanpa Sempadan ) -- TQ CMG !

BAHAN-BAHANNYA :

300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin     *saya gantikan dgn 50ml fresh milk sebab tiada gliserin
20 gram air            *
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu    # saya gunakan serbuk koko, pewarna merah
Sedikit pewarna makanan ungu-violet #       dan hijau
1 camca teh coklat emulco #
Badam cincang secukupnya

Photobucket

CARA MEMBUATNYA :
1.Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.

2.Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.

3.Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.

4.Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.

5.Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.

6.Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....

Photobucket




Friday, March 30, 2012

30*03*2012


Alhamdulillah...hari ni genap 30 Mac 2012 bertambah setahun lagi usia...



Anakanda-anakanda tersayang - latest pic

Syukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia dan diberi peluang bernafas di muka bumi ini...Alhamdulillah! Moga perjalanan hidup ini sentiasa diberkati dan diredhai oleh Nya...

Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaan Mu !!

Sunday, March 11, 2012

NASI LEMAK BILIS TELUR - sempena cuti sekolah...

Assalamualaikum...

Selamat bercuti buat warga pendidik dan anak-anak...tentu seronok kan walaupun cuti hanya 1 minggu. Mesti ramai yang dah ada plan bercuti ke mana-mana, balik kampung mengunjungi ayah ibu serta sanak saudara, makan kenduri atau lain-lain program bersama family tersayangkan?


Saya pun dapat juga bercuti 3 hari sampai Selasa ni. Rabu kerja balik. Tu pun kena booking awal2 bagitau boss date yang kita nak cuti. Kena bergilir dengan rakan setugas. Ye la orang lain pun nak cuti juga. Jadilah kan...dapat juga bersama family. So pagi ni saya masakkan nasi lemak bilis telur yang simple ni je untuk family. Lama juga tak makan nasi lemak yang dimasak sendiri. Kalau hari kerja tu anak2 asyik makan yang segera ja...koko krunch atau roti telur. Nasi lemak pun beli yang bungkus yang dijual kat area taman ni. Yang bestnya bila anak yg sulung si Naufal tu kata.."sedapnya mama, nasi lemak mama buat ni!!" Hah hilang penat mama..! Itulah anak2...si Najmi yang bongsu tu pun makan banyak dengan telur je tak bubuh sambal. Kalau boleh hari2 mama nak masakkan, tapi nak buat macamana...kalau hari kerja tu kalut je tiap2 pagi heheh...




Ok nak sediakan minum petang pula. Hmm apa yang ada di dapur tu ya? Kejap nak gi tengok...SALAM & SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA !!

Saturday, March 3, 2012

Bingka Jagung

Salam...

Hari ni baru terasa rajin nak update blog. Bingka Jagung ni dah buat lama dah. Masa tu terbaca post kat blog Dapur Azlina @ Terminal Hijrah. Teringin lah pulak...lagipun jagung tin memang ada kat rumah.

Photobucket


Sedap dan anak-anak pun suka. Saya ikut resipi daripada Azlina kat bawah ni. TQ to Azlina ye!

Photobucket

RESIPI BINGKA JAGUNG
( CNP from Dapur Azlina )

SUMBER : BUKU SENANGNYA MEMASAK KUIH MUIH - CHEF HANIELIZA

BAHAN BAHAN :

1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim
3/4 cawan gula
2 sudu besar mentega atau marjerin dicairkan terlebih dahulu

CARA MEMBUATNYA :

Panaskan oven 180C dan sapukan minyak pada permukaan loyang bersaiz 8 x 8 inci ataupun loyang bulat 8 inci

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga betul2 rata

Kemudian, tuangkan ia ke dalam loyang dan bakarlah selama 1 jam

Sejukkan sebentar dan potong2 untuk dihidangkan

Nota : Akak guna fungsi grill pada oven selama 10 minit yang terakhir supaya permukaan atas bingka agak garing.

Friday, January 20, 2012

KEK UPIN IPIN BUAT NAJMI

Photobucket

Assalamualaikum...

Dah agak lama tak update blog gara2 keadaan kesihatan yang tak mengizinkan..
Ini adalah entry yg pertama untuk tahun 2012 ni. Januari dah 20 hari kita lepasi, sekejap sahaja masa berlalu...

Najmi menyambut hari lahirnya yang ke 4 tahun pada Khamis yang lepas, 12 Januari 2012. Alhamdulillah..seperti yang di'request' oleh birthday boy, kek Upin & Ipin. 
Photobucket

Ceria je kan si Najmi ni nak potong kek!! Tapi mama tak buat party pun..masih belum kuat sepenuhnya. So kami sambut satu family je lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...