Pages

Friday, April 12, 2013

PUDING TRIFFLE

Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat,

Hari Rabu yang lalu tetiba rasa teringin nak makan puding yang dibuat sendiri. Agak lama juga tak buat puding triffle ni semenjak kali terakhir buat tak menjadi ( keknya timbul so jadilah triffle yang tak cantik, huhu...lepas tu berenti sekejap buat puding ni). Kebetulan hari Rabu tu cuti, dapatlah saya mencari bahan-bahan untuk buat triffle ni dan lepas dinner, malam tu juga saya buat puding ni. Lagipun simple je kan bahan-bahan & cara nak membuatnya.



Bahan-bahannya:

1 kek gulung (swiss roll) - saya beli perisa coklat
1 tin susu cair Ideal
2 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastad
sedikit esen vanila (optional)
buah-buahan koktel
kristal jeli 90gm perisa rasberi (saya guna jenama Nona)

Cara membuatnya:

Potong kek dan susun dalam bekas. Basahkan kek yang telah disusun dengan sedikit dengan air daripada koktel buah-buahan.

Tuangkan susu cair ke dalam periuk. Masukkan air (sukatan 1 tin susu tadi), tepung kastad, gula dan esen vanila. Kacau hingga pekat. Kemudian tuangkan ke atas kek tadi. Lepas tu susunkan buah-buahan koktel di atas lapisan kastad tadi. Sejukkan sebentar.

Masak kristal jeli mengikut arahan yang tertera pada kotak i.e campurkan serbuk jeli dengan 2 cawan air (400ml). Kacau dan didihkan hingga larut. Biar sejuk sedikit baru dituang ke atas lapisan kastad dan koktel tadi. Masukkan ke dalam peti sejuk, dessert yang sangat sedap dimakan bila betul-betul sejuk :)


Dapatlah satu bekas pyrex besar dan satu bekas sederhana. Dah licin dah semalam jamu sepupu yang datang makan malam kat rumah. Anak-anak pun suka triffle ni (termasuk baby Najdi hehe..), lain kali kita buat lagi ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...