Saturday, May 28, 2011

Daging Masak Kurma

Photobucket

Salam....
Hari ni dah bermulanya school holiday bagi yang bersekolah di Kedah dan negeri2 yg sewaktu dengannya. So buat my hubby and my 2 beloved kids... Selamat Bercuti!! 2 minggu juga cuti sek kali ni. Tak ada plan pula nak pergi jln mana2 sebab mamanya kena kerja huhu...

My hubby pagi2 tadi dah naik bas rombongan ke Hadyai selama 2 hari 1 malam. Geng cikgu cikgi pergi rombongan hikhik..bukannya bawa anak murid ke..!! Bagi chance la kan cikgu pi berjalan pulak..kalau tak dok bawa budak je kan?

So, lepas hantar hubby pagi tadi..dengan izinnya saya bawa anak2 balik kampung. Balik rumah mak ayah lah kan...hepi sgt budak2 tu kalau balik kg!! Bukan anak2 je, mak pun hepi jugak hehe..!

Sambil online bukak fb & blog, pekena pulak kopi panas satu mug. Tu yang tak boleh nak lena lagi nih. Jam dah pukul 11.30 malam. Teringat gambar lauk yang masak semalam...nak juga boh dalam blog..

Tentu ramai yg dah biasa makan @ masak lauk daging masak kurma kan? Ni salah satu favourite anak2 saya. Semalam nak habiskan stok dalam freezer...ada daging & udang. Terfikir lama juga tak buat masak kurma ni.

Photobucket

Photobucket

Saya ni bab nak menaip resipi yg kureng rajin sket...so saya cnp resipi kurma daging ni drp blog masakan Rozzan RSR. Tapi yg saya buat versi sendiri yg simple aje coz kentang, tomato pun tak ada...

DAGING LEMBU MASAK KURMA

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu (dipotong kecil seperti memasak rendang)

2 biji bawang besar (saiz besar) }
4 ulas bawang putih                   }  dikisar
1 inci halia                                 }                          

6 sudu besar rempah kurma
(dicampur dgn bahan kisar)
3-4 cawan air
300 gm santan pekat
garam secukup rasa
2 btg cili hijau
2 btg cili merah
3 biji kentang (dibelah dua atau empat)
3 biji tomato (dibelah dua)
sedikit daun ketumbar
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
secukup minyak masak + 1 sudu besar minyak sapi
Cara:

1) Panaskan minyak & m.sapi dalam periuk. Masukkan cengkih, pelaga, kayu manis bersama rempah kisar. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.
2) Kemudian, masukkan pula daging bersama 3 cawan air dan masak hingga daging ½ empuk. Seterusnya, masukkan santan pekat, kentang, cili hijau, merah, lebihan air tadi dan bubuh garam.

3) Masak lagi hingga daging empuk sepenuhnya. Masukkan pula tomato dan daun ketumbar . Kecilkan api dan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dimatikan api. Keadaan kuahnya mestilah agak pekat dan tidak cair.
4) Enak dimakan bersama nasi, roti, dll.
Catatan:
1) Anda boleh tukarkan santan kepada kira-kira 100gm biji gajus atau badam yg direndam dan dikisar dgn secukup air.
2) Sukatan air boleh ditambah lagi jika perlu (utk mengempukkan daging)
3) Kuah Kurma Daging ni selalunya agak pekat. Kalau cair, nanti ia menyerupai lauk sup daging pula. Tapi, apapun, terserahlah pada citarasa anda. Kita yg nak makan dia, betul tak?

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat

Lenyap sekelip mata

Alfatihah buat yang terkorban ....

LENYAP SEKELIP MATA
Sumber : Harian Metro Online


Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.

“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.

Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.

Bagaimanapun, ketika latihan dan persiapan, berlaku tanah runtuh menyebabkan mereka gagal menyelamatkan diri.

“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan.

“Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus sekelip mata. Saya cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawan kerana tidak sanggup lihat mereka tertimbus hidup-hidup, tetapi hampa kerana kudrat saya terhad,” katanya sebak dengan linangan air mata.

Bagi Mohd Jihat, 14, ketika kejadian, dia berada di bawah khemah dan turus tertimbus sehingga paras pinggang.

“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” katanya.

Mohd Jihat dari Puchong dan baru tiga bulan menghuni di sini masih kelihatan trauma dan turut bersedih dengan kejadian menimpa rakan yang lain.

Dia mendakwa begitu hiba melihat usaha menyelamat dan sempat melihat antara rakannya dihempap batu dan celahan batu dan tanah.

Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.

Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa, namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.

“Saya sempat lari bersama seorang rakan, tetapi adik saya tertinggal di belakang. Bagaimanapun, adik saya bernasib baik kerana longgokan tanah yang dihadang pintu itu menyelamatkan dia daripada tertimbus,” katanya.

Friday, May 20, 2011

Mee Jawa

Photobucket

Salam Jumaat...

Hari ni nak share menu kami sekeluarga tengahari tadi. Pakat tak mau makan nasi. Hubby kata buat mee lah, nanti kawan dia mai petang satgi boleh jamu makan. Jadi, termasaklah mee jawa ni hari ni heheh...

Saya buat rujukan juga...kali ni daripada buku resipi K.Hanieliza, 1 Hari 1Resipi. Actually lama dah teringin nak beli tapi baru ada kesempatan mendapatkannya last week. Saya beli kat Popular Book Store.Memang suka ikut resipi K. Lieza ni coz resipi dia kalau ikut gerenti jadi!

Photobucket

Ni saya copypaste resipi dari blog kak Liza...

Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ]            mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Tuesday, May 17, 2011

Petua Keselamatan Anak

Hari ni nak kongsi apa yang saya baca dalam akhbar hari ni, Berita Harian bertajuk Petua Keselamatan  Anak. Memang anak-anak terutama dalam peringkat membesar amat memerlukan perhatian dan pengawasan daripada kita sebagai ibu dan bapa. Jadi seboleh-bolehnya tika berada di rumah atau ke mana-mana bersama, pastikan soal keselamatan mereka dititikberatkan. Bagi ibubapa yang kedua-duanya bekerja, tentulah mengharapkan anak-anak dijaga dengan selamat dibawah jagaan pengasuh. Macam saya, anak yang kecil berumur 3 tahun ditinggalkan di nurseri manakala abang-abangnya ke sekolah rendah, seorang di Alor Setar dan seorang di Jitra. Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa kepada Allah s.w.t agar memberi perlindungan buat anak-anak saya di mana sahaja berada kerana kita keluar bekerja dan berjauhan sebentar dari anak-anak yang kita sayangi.

Petua Keselamatan Anak
Sumber : Berita Harian
2011/05/17

1. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik.

2. Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan bahan kimia lain yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan ini dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ia makanan atau minuman.

3. Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.

4. Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah ((BBQ, kenduri dan sebagainya), jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan di tempat yang selamat.

5. Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.

6. Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda daripada memasukkan jarinya atau benda lain ke dalamnya.

7. Lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.

8. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di rumah dan pastikan setiap orang dewasa dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.

9. Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan alat ini.

10. Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran.

11. Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter saja.

12. Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak mengenai tempat berkumpul di luar rumah jika berlaku kebakaran.

13. Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah “gula-gula”. Jangan makan ubat di depan anak.

Sumber: Panduan Pencegahan Kecederaan Kanak-kanak, Persatuan Pediatrik Malaysia

Saturday, May 14, 2011

Udang Goreng Mentega

Photobucket

Semalam masak Udang Goreng Mentega. Udang tu jiran yang bagi. Maklumlah dia kerja kat tempat ternak udang ni...dah nak jadi rezeki, Alhamdulillah malam tu anak dia mai rumah hantar udang tu. Bukan main banyak dia bagi. Dapat dua tupperware. Semalam pun baru masak tak sampai separuh. Selebihnya simpan kat dalam freezer.

Masa tengah masak tu yang best sebab mmm...baunya mula2 bau udang digoreng dengan butter, lepas tu bau bawang tumis, then aroma daun kari pulak...just love the smell hahaha..!! Ni kat bawah ni resipi asalnya saya tengok dari blog Ummi. Memang sedap bila makan dengan nasi panas-panas!

Photobucket
udang kat dalam kuali
Resipi asalnya Spicy Buttered Prawn dari blog ummi. Tapi saya tak buat yang spicy ni sebab anak-anak tak suka pedas. Jadi memang tak masukkan cili padi tu..

Bahan:-
1 kg. udang besar/udang galah (ummi guna udang sederhana besar)
1 biji cili merah (dihiris serong)
12 - 15 biji cili padi (dihiris serong)
4 labu bawang besar (dihiris) - Ummi letak 2 labu je
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 buku mentega
2 tangkai daun kari
1 biji tomato saiz sederhana (potong dadu)
1 biji telor
2 sudu makan susu tepung
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara memasak:

Udang dibersihkan, dipotong separuh bahagian kepala. Kulitnya jangan dibuang. Basuh dan toskan.
Lumur bersama kunyit dan garam, biarkan seketika.
Panaskan mentega dalam kuali dan goreng udang tersebut hingga garing kekuningan (pastikan benar2 garing). Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan baki mentega tadi, tumiskan bawang besar, goreng seketika hingga garing.
Masukkan pula bawang putih, cili merah dan cili padi bersama daun kari. Goreng hingga naik bau.
Masukkan tomato dan kacau seketika.
Masukkan udang tadi dan gaul rata.
Masukkan telor dan gaul kembali dengan cepat sehingga menyelaputi kesemua udang.
Taburkan susu tepung dan gaul sekejap.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas atau nasi beriani.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...