Saturday, May 14, 2011

Udang Goreng Mentega

Photobucket

Semalam masak Udang Goreng Mentega. Udang tu jiran yang bagi. Maklumlah dia kerja kat tempat ternak udang ni...dah nak jadi rezeki, Alhamdulillah malam tu anak dia mai rumah hantar udang tu. Bukan main banyak dia bagi. Dapat dua tupperware. Semalam pun baru masak tak sampai separuh. Selebihnya simpan kat dalam freezer.

Masa tengah masak tu yang best sebab mmm...baunya mula2 bau udang digoreng dengan butter, lepas tu bau bawang tumis, then aroma daun kari pulak...just love the smell hahaha..!! Ni kat bawah ni resipi asalnya saya tengok dari blog Ummi. Memang sedap bila makan dengan nasi panas-panas!

Photobucket
udang kat dalam kuali
Resipi asalnya Spicy Buttered Prawn dari blog ummi. Tapi saya tak buat yang spicy ni sebab anak-anak tak suka pedas. Jadi memang tak masukkan cili padi tu..

Bahan:-
1 kg. udang besar/udang galah (ummi guna udang sederhana besar)
1 biji cili merah (dihiris serong)
12 - 15 biji cili padi (dihiris serong)
4 labu bawang besar (dihiris) - Ummi letak 2 labu je
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 buku mentega
2 tangkai daun kari
1 biji tomato saiz sederhana (potong dadu)
1 biji telor
2 sudu makan susu tepung
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara memasak:

Udang dibersihkan, dipotong separuh bahagian kepala. Kulitnya jangan dibuang. Basuh dan toskan.
Lumur bersama kunyit dan garam, biarkan seketika.
Panaskan mentega dalam kuali dan goreng udang tersebut hingga garing kekuningan (pastikan benar2 garing). Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan baki mentega tadi, tumiskan bawang besar, goreng seketika hingga garing.
Masukkan pula bawang putih, cili merah dan cili padi bersama daun kari. Goreng hingga naik bau.
Masukkan tomato dan kacau seketika.
Masukkan udang tadi dan gaul rata.
Masukkan telor dan gaul kembali dengan cepat sehingga menyelaputi kesemua udang.
Taburkan susu tepung dan gaul sekejap.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas atau nasi beriani.

Photobucket

2 comments:

  1. Wey Ijah...

    Untungnya duduk perumahan tu...

    1. jiran sambut birthday
    2. Jiran ternak udang, dapat udang free...
    3. Jiran pandai buat tart, boleh order...


    Ada rumah kosong dak nak jual?

    Tang mana nak cari medic fac situ noo...:-)

    Hanim

    ReplyDelete
  2. Hahahah...tu belum lagi citer buat kenduri sunat bebudak berdua aritu depa sponsor dadih 100 bekas, birthday Najmi sponsor mee kuah udang lagi !!..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...