Friday, July 15, 2011

DAGING HITAM MANIS SUNGAI PAHANG

Assalamualaikum..

Hari ni saya masak Daging Hitam Manis dengan mencuba resipi daripada Majalah Rasa keluaran Ogos 2011. Baru je beli majalah tu pagi tadi. Keluaran kali ni mengandungi resipi juadah tradisional pagi raya Melaka, Pahang & Kedah. Banyak jugalah resipi2 rendang & serunding. Ada juga resipi2 kek lapis dan puding. Tu yang buat tertarik membelinya..


Photobucket

Cara buat daging ni bahan2nya sama mcm yg pernah saya cuba, Daging Masak Hitam. Cuma resipi yg saya dpt drp sorang kawan tu kena perap daging dulu dgn bhn kisar & kicap, kemudian masak je semua sekali sampai pekat & pecah minyak. Tapi masak ikut resipi ni pun ok jugak. Bahan kisar tu ditumis dulu baru masukkan daging. Kita tengok resipi ni sepenuhnya ye...

DAGING HITAM MANIS SUNGAI PAHANG
Sumber : Majalah Rasa Ogos 2011

Bahan-bahan :

1kg daging - direbus dan dihiris ikut suka
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu makan cili kisar
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 helai daun limau purut
250ml air asam jawa
250ml air rebusan daging
125ml kicap pekat
Air secukupnya
4 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
4 btg serai

Photobucket

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang serta cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging dan air rebusan daging.
3. Setelah itu masukkan pula gula merah, kicap pekat dan air secukupnya. Kacau rata.
4. Seterusnya tambahkan garam secukup rasa dan air asam jawa. Sebatikan.
5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan bawang besar. Didihkan selama 5 minit lagi.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Photobucket

6 comments:

  1. masakan pahang pernah kita makan daging masak opor pun sedap

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Masakan Org Pahang Mmg Sedap2 Kak Lin Suka Menikmatinya...

    ReplyDelete
  3. majalah RASA yang ini belum lagi sampai Lahad Datu, biasanya lewat ..... harganya pun boleh tahan, lebih tinggi dr semenanjung...

    ReplyDelete
  4. Yatie, masak opor tu pernah dengar tp tak biasa mkn lagi..kena buat 'research' ni boleh try pulak bila2 :-))

    ReplyDelete
  5. Kak Lin, tu lah sedap jugak kan sekali sekala try masakan tpt lain. Sy nie jrg juga buat masakan Pahang walaupun ayah sendiri org Temerloh heheh..

    ReplyDelete
  6. K.Amie, majalah tu kalau kat sini dah RM 9.50 apatah lagi kat sana kan? Kita share yg ni je lah K. Amie hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...