Friday, April 12, 2013

PUDING TRIFFLE

Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat,

Hari Rabu yang lalu tetiba rasa teringin nak makan puding yang dibuat sendiri. Agak lama juga tak buat puding triffle ni semenjak kali terakhir buat tak menjadi ( keknya timbul so jadilah triffle yang tak cantik, huhu...lepas tu berenti sekejap buat puding ni). Kebetulan hari Rabu tu cuti, dapatlah saya mencari bahan-bahan untuk buat triffle ni dan lepas dinner, malam tu juga saya buat puding ni. Lagipun simple je kan bahan-bahan & cara nak membuatnya.



Bahan-bahannya:

1 kek gulung (swiss roll) - saya beli perisa coklat
1 tin susu cair Ideal
2 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastad
sedikit esen vanila (optional)
buah-buahan koktel
kristal jeli 90gm perisa rasberi (saya guna jenama Nona)

Cara membuatnya:

Potong kek dan susun dalam bekas. Basahkan kek yang telah disusun dengan sedikit dengan air daripada koktel buah-buahan.

Tuangkan susu cair ke dalam periuk. Masukkan air (sukatan 1 tin susu tadi), tepung kastad, gula dan esen vanila. Kacau hingga pekat. Kemudian tuangkan ke atas kek tadi. Lepas tu susunkan buah-buahan koktel di atas lapisan kastad tadi. Sejukkan sebentar.

Masak kristal jeli mengikut arahan yang tertera pada kotak i.e campurkan serbuk jeli dengan 2 cawan air (400ml). Kacau dan didihkan hingga larut. Biar sejuk sedikit baru dituang ke atas lapisan kastad dan koktel tadi. Masukkan ke dalam peti sejuk, dessert yang sangat sedap dimakan bila betul-betul sejuk :)


Dapatlah satu bekas pyrex besar dan satu bekas sederhana. Dah licin dah semalam jamu sepupu yang datang makan malam kat rumah. Anak-anak pun suka triffle ni (termasuk baby Najdi hehe..), lain kali kita buat lagi ye!

Sunday, March 31, 2013

I LOVE * March & Najdi * ...



HAPPY BIRTHDAY TO ME...THANKS HB & KIDS FOR THE BIRTHDAY CAKE !!
 photo Najdi026-Copy.jpg

 photo 7f3f5825-16e6-4323-a5d6-4f954bf0162d.jpg  
 & LOVE THE KIDS TOO...
 NAJMI
NAUFAL & NAFIS

Wednesday, February 6, 2013

Cerita Najdi dan The Milk Story Chocolate Drink

Salam...

Apa khabar? Moga semua sihat-sihat belaka di samping keluarga tersayang. Ada kelapangan sikit malam ni jadi saya bolehlah buka blog saya ni. Baby Najdi dah tidur... bolehlah mengadap pc tanpa gangguan heheh...


Esok genap 7 bulan umurnya. Sekejap je kan masa berlalu. Alhamdulillah Najdi masih menyusu badan. Moga dengan izinNya kali ni saya dapat menyusukan Najdi selama mana yang dia mahu. Cabaran juga bagi ibu yang bekerja seperti saya. Kerja 8am-5pm. Selalunya masalah masa untuk mengepam susu di tempat kerja. Untuk memastikan susu badan sentiasa terhasil kenalah pam secara konsisten i.e 3-4 jam sekali. Tapi problemnya bila ada meeting yang berlarutan sampai lunch time (ada juga yang melalut sampai pukul 3 ptg) saya tak dapat nak keluar mengepam. Masa tu lah saya akan stress! Susu pun takmau keluar kalau stress.... 

Najdi dan abg long, Naufal

 Tapi saya tetap tabahkan hati dan kena sentiasa positif. Syukur pada Allah yang mempermudahkan segalanya. Saya masih teruskan rutin mengepam demi Najdi. Balik daripada kerja atau hari cuti memang Najdi akan direct feeding je. 



Najdi & abg Nafis
Di samping itu seorang kawan telah introduce kan produk The Milk Story. Produk ni mengandungi halba yang membantu tambahkan susu. Alhamdulillah saya telah amalkan sejak 3 bulan dulu dan hasilnya tak mengecewakan. Saya masih boleh teruskan breastfeeding walau kuantitinya ada naik ada turun sebab tak sempat mengepam dgn rutin. Produk yang saya ambil adalah TMS Chocolate Drink dan TMS Chocolate Rice Snack. Yang terbaru ada pula mengandungi collagen, yang ni pun saya dah cuba hehe... kan sekarang tengah 'hot' dengan collagen ! Apa tu yang selalu saya tengok kat fb...marine collagen? 

TMS Chocolate Drink with Collagen
Yang Choc Rice Snack pun sedap juga...saya spare kat office dan makan waktu rasa lapar. Ia campuran oat, bubble rice & cornlakes disalut chocolate. Memang sedap. Saya ni pulak penggemar coklat jadi tak jemulah makan/minum TMS ni. Tak ada pula gambar rice snack ni nak tunjuk...
Kalau ada yang nak cuba (untuk ibu-ibu menyusu lah ye...:-)) produk TMS Choc Drink ni bolehlah add Izzah Tms Reseller kat FB. Atau pun emel izzahtmsutara@yahoo.com.

Najmi ...dah 5 tahun
Ok...Najdi dah memanggil saya, lapar lah tu.Nak melayan si kecil Najdi dulu ye, till we meet again....


Friday, December 14, 2012

NAJDI

LATEST PICTURE-12.12.12 (5 BULAN ++)
Salam Jumaat,

Dah berkurun tak update blog...
Kembali bekerja selepas habis cuti bersalin 3 bulan, tambah2 ada baby ni, memang masa yang ada sangat terhad. Tapi hari ni curi-curi masa juga update sambil buat kerja pejabat guna lappy ni .
Seperti yang dijanjikan, entry kali ni nak upload gambar baby kecik ni yang lahir pada tanggal 7 Julai yang lalu. Putera saya yang keempat...MUHAMMAD HAFIY NAJDI.

Gambar kat atas tu masa umur 2 bulan. Baju tu aje lah yang kami beli kat Najdi masa pergi bercuti kat Singapore bulan Jun hari tu. Masa tu tengah pregnant 8 bulan. Alhamdulillah, Najdi lahir secara normal dengan berat 3.46kg. Masih menyusu badan dan harap-harap tu dapat terus menyusu hingga 2 tahun. Walau pun time kerja terkejar-kejar dan tercari-cari masa untuk memerah susu...:-(

sewaktu 6 minggu
Sekarang yang ni la kesayangan abang-abang nya, nasib baik abang yang sulung Naufal (11 tahun) tu dah pandai mengasuh, boleh juga bantu mama...

...sebulan...
...mana aci gambar Najdi saja kan....ni 3 hero abang2nya Najdi...

AIDILFITRI 2012
Yang ni pula gambar kami sekeluarga di kampung masa raya puasa hari tu. Masa tu Najdi genap 44 hari. Mama pakai dress menyusu Adrinis tu, nak bagi sedondon. Najdi pula pakai baju present dari kawan mama...sedondon juga kaler coklat, hehe..:-)

Ok jumpa lagi..Najdi dah "bunyi" tu...!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadan Al Mubarak



Assalamualaikum...

Ramadan datang lagi...syukur Alhamdulillah. Hari ni genap 14 hari saya dalam tempoh berpantang setelah selamat melahirkan cahaya mata keempat, Muhammad Hafiy Najdi. Belum sempat lagi nak upload gambar si bongsu saya ni... :) 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk  memohon maaf atas segala salah & silap kiranya ada dan moga kita semua diberi kesihatan yang baik oleh Nya bagi menjalani ibadah puasa pada tahun ini Insya Allah.

Salam Ramadan daripada saya dan keluarga...


Monday, July 2, 2012

Moga segalanya selamat...

Assalamualaikum....

Lama sungguh tak update blog, dah nak masuk 3 bulan... Hari ni terasa nak tulis something sebab sunyi dan bosan duduk memerap kat rumah. Kandungan dah masuk 38 minggu. Kira tengah menghitung hari je sekarang. Bila-bila masa baby boleh keluar. Saya dah mula bercuti sejak 2 hari lepas sebab dah tak larat berulang ke tempat kerja. Mungkin faktor umur agaknya, pregnancy kali ni terasa sangat kelainannya....cepat sangat letih, lenguh dan macam tiada mood. Saya banyak berehat dengan berbaring di atas katil je. 
Moga Allah permudahkan kelahiran kali ini sama seperti yang terdahulu...InsyaAllah!

Nak upload gambar-gambar kenangan with family.....




Ni masa percutian keluarga kat Singapore cuti sekolah yang lepas. Masa tu 32 mingggu. Terpaksa pergi juga walau tak berapa larat nak berjalan, sebabnya tiket Airasia tu dah beli dari tahun lepas lagi. Layan anak-anak.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...