Pages

Tuesday, June 21, 2011

Chilled Cheese Cake with Blueberry Topping

Photobucket

Assalamualaikum..

Beberapa minggu yang lepas saya cuba buat cheese cake. Teringin tengok kek ni kat blog kengkawan. Ramai yang dah pandai buat sendiri. Tapi yang saya buat ni saya guna tepung kek segera (cheese cake mix) yang dijual oleh seorang kawan, Suri. Cuma tambah whipping cream dan buat bahan base tu sendiri. Simple dan rasanya memang sedap!

Reispi dari Suri Man's Cookies:

Bahan kek:

Sepaket cheese cake mix
100gm whipping cream
300gm air sejuk

Bahan base:

230gm biskut hancur (saya guna biskut oreo)
115gm mentega cair

Cara membuatnya:

1. Gaulkan biskut dan mentega sehingga sebati. Masukkan ke dalam loyang 8" kemudian tekan dengan padat. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

2. Putarkan cheese cake mix dan air sejuk dengan gear rendah selama 1 minit dan teruskan putaran dengan gear tengah selama 3 minit.

3. Campurkan whipping cream dan diputarkan bersama campuran tadi.

4. Tuangkan campuran cheese cake ini ke atas biskut di dalam loyang 8" tadi dan dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 5 jam.

Cara membuat topping:

1. Sapukan topping samada blueberry atau strawberry mengikut citarasa anda. (Saya beli blueberry filling yang dijual kat kedai bahan kek)

Photobucket


Photobucket

Bila ada kelapangan nak juga cuba buat sendiri tanpa guna tepung segera ni. Bila la nak pandai kan kalau asyik guna yang segera je..hikhik...
Saya cnp resipi ni dari Koleksi Resipi Nannie kat sini. Save siap2 untuk rujukan bila nak cuba buat nanti. Nampak simple juga bahan2 dan cara buatnya. Tak payah bakar..lagi mudah! Cream cheese dah ada. Cuma nak cari benda gelatin tu...almaklum tak besa buat, tak pernahlah beli. TQ Nannie for the recipe!

BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
200 grm cream/whipping cream- 1 kotak kecil
100 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
15 grm gelatin halal brand Nona
100 ml air suam
Blueberry filling

BASE :

200 grm biskut digestive atau biskut marie
100 grm butter dicairkan.

Biskut digestive dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

Putar 250gm cream cheese bersama gula castor hingga kembang.Setelah kembang, masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut & sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin + 100ml air suam . Masukkan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra.

Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk dan bila dah keras, keluarkan & hias dgn blueberry filling.

Photobucket

Monday, June 20, 2011

DURIAN KG RAGA

Hari Sabtu lepas kami ke dusun mentua di Yan. Bertolak dari rumah jam 9 pagi. Singgah breakfast roti canai dulu, then dalam pukul 10.30 pagi baru kami sampai. Dusun 'tok ayah' tu terletak di Kg Raga, Yan, betul2 depan rumah Pak Tam, pak menakan (bapa sedara) husband. Mesti ada yg pernah dengar Kg Raga kan? Ada homestay kat situ. Tapi kami tak pernah lah sampai ke homestay tu. Masa kami sampai Pak Tam macam dah ready je menunggu kami. Rupa-rupanya tok ayah dah balik ke Merbok sebab ada kenduri pulak kat kg hari tu. Jadi Pak Tam & Mak Tam je la melayan kami anak beranak yg teringin nak mengutip buah kat dusun.


Berjalan masuk ke dusun.Yg belakang sekali tu M.Tam
 
Naufal & Nafis siap bawa bakul

Nampak tak buahnya??

Seronoknye dah jumpa buah durian...


Nafis pun dah dapat satu..

Ni semua Najmi punye tau !
Yg ni isi dia paling best!
Seronok tengok anak 2 mengutip buah durian..kira ni pengalaman pertama dioranglah. Buah memang menjadi sungguh tahun ni. Manggis & rambutan pun ada. Puas lah kami dapat makan durian kali ni, siap dapat bawa balik penuh but kereta hehe...

Friday, June 17, 2011

LAKSA KEDAH

Photobucket

Salam...

Hari ni saya masak masakan yang favourite buat kami sekeluarga. Tak lain tak bukan ... Laksa Kedah. Padahal baru je last week makan laksa kat kampung. Hari ni rasa nak makan laksa lagi. Dah orang Kedah kan memang hantu laksa dan kalau macam tu kenalah tau buat laksa. Kalau sapa2 mai Kedah ni, akan jumpa byk kedai/gerai yang menjual laksa ni. Makan pula dengan cendol..mmm sedapp!

Masak laksa ni simple je, cuma bab nak perisi/asingkan isi ikan tu yang renyah sikit. Kalau buat sorang2 lagi boring. Tapi anak saya yg sulung si Naufal tu rajin menolong kalau nk perisi ikan ni. So taklah boring & cepat sikit kerja nya.

Photobucket

Ni saya kongsikan resipinya mcm yg selalu my mom masak....

Bahan-bahan kuah:

1 1/2kg ikan kembung
15-20 tangkai cili kering (kepedasan ikut selera masing2)
2 labu bawang besar (nak guna bawang merah pun boleh)
sedikit belacan
daun kesum
2 batang bunga kantan
10 keping asam keping/gelugor
garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara membuatnya :

Laksa segar/kering (saya guna laksa kering - seeloknya direndam semalaman) direbus sehingga lembut kemudian ditos.

Cara membuat kuah:

Ikan direbus dan diasingkan isi dengan tulang. Kemudian kisar isi ikan dan tulang berasingan. Tulang ikan yang telah dikisar hendaklah ditapis dahulu, ambil airnya sahaja.  Air rebusan ikan jangan dibuang, ditapis ke dalam periuk.
 
Kisar cili kering, bawang dan belacan. Campurkan sekali ke dalam periuk dan rebus.
Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
Didihkan kuah sehingga masak. Masak hingga kepekatan yang dikehendaki.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Bila sudah masak hidangkan bersama bahan2 hiasan seperti daun salad/pucuk putat/pucuk janggus/daun selom, hirisan timun, bawang besar, cili padi, limau kasturi dan telur rebus.

Sunday, June 12, 2011

Follower Award - TERIMA KASIH AMIE !


Tak tahu kenapa 2-3 hari ni tak dapat nk transferkan gambar ke dlm laptop. Semalam ada buat cheese cake dgn spaghetti bolognaise. Hari sebelum tu buat kek pisang. Tak apalah bila problem tu dah di solve kan bolehlah bubuh gambar ye!

So malam ni sambil godek2 laptop ni, sy belajar menggantung award. Maklumlah sy ni org baru, serba serbi nk kena belajar. Ni follower award dari Amie's Little Kitchen. Dah lama jadi follower Amie baru sekarang nk gantung award, sebab tak pandai lagi nk ambil masa tu hehe...skrg ni musykil nk buat pulak tak tahu. Minta tlg ajarkan ye..!

Terima kasih dan semoga ikatan persahabatan ini berkekalan ye Amie walaupun di alam maya, terima kasih sudi berkongsi resipi. Amie memang rajin sungguh memasak, hari2 mesti ada juadah terhidang buat tatapan teman2nya...so ikhlas juga buat Amie....FRIENDSHIP FOREVER!!


TAHNIAH K.UMMI !!


Rasanya belum terlambat lagi untuk ucapkan tahniah buat K.Ummi Home Sweet Home yg telah mencapai 3000 followers. Tahniah akak!

Blog HSH adalah antara blog masakan terawal yg sering sy ikuti. Antara resipi masakan beliau yg pernah sy cuba ada kat entry ini. Saya amat kagum dgn K.Ummi yg berkerjaya tp masih berkesempatan memasak hidangan yg sedap2 & istimewa buat keluarga. Blog2 sebegini sememangnya menjadi pembakar semangat buat sy unt memasak sendiri sejak akhir2 ini. Terima kasih buat K.Ummi & rakan2 lain yg tak lokek dgn resipi & petua memasak!

AJAIBNYA TANGAN IBU (KASIHNYA IBU)

UNTUK DIKONGSI BERSAMA TEMAN2....

SAJAK : AJAIBNYA TANGAN IBU (KASIHNYA IBU)
nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Thursday, June 9, 2011

Lets Calculate Our BMI

Salam,

Semenjak dua menjak ni suka sungguh tengok blog2 masakan yg semestinya ada gambar food2 yg sedap2 belaka. Dan semenjak itu jugalah memang terasa badan ni dah semakin naik. Sebelum cuti sekolah hari tu gi ambil baju kurung yg ditempah kat tailor. Ada 2 pasang. Actually baju tu hantar dari bulan 2 lagi & pakai ukuran yg lama juga. Ingatkan badan dok besaq tu jugak. Tapi bila balik rumah & cuba pakai...alamakk, rasa ketatlah ! Bukan rasa, tapi memang ketat daripada biasa..Aduhai baju tu nak pakai masa kenduri kendara cuti sekolah ni lah...

Masa balik bercuti last week, kakak pun tegur memang adiknya ni nampak berisi! Jumpa kawan lama 3 hari lepas pun katanya "you nampak lainlah!" Heheheh..tahu lah tu maknanya...!

Hari ni terasa nak timbang badan kat klinik. Hah..naik 2kg dalam masa tak sampai 2 bulan? Kalau dulu memang tak kisah sangat dengan berat badan ni sebab payah nak naik. Nak dapat 50 kg pun susah. Tapi rasanya selera makan sama saja. Nak kata mengandung, dak kut heheh...

Jom kita kira BMI..Body Mass Index @ Berat Badan Unggul kat link ni -->>BMI Calculator . Bukan nak promote barangan Nestle ye! Just nak pinjam calculator aje. Boleh cepat sikit kira..
Ok tak BMI? Mine 23.01, kalau ikutkan memang masih dalam normal range tu (between 18.5-24.9).Tapi risau juga kalau tiap2 bulan naik 1 kg macamana ???

So, memang nak kena hati2 ni sebab family history memang ada Diabetes & Hypertension. Kalau overweight @ obese..memang tu salah satu faktor risiko nak dapat pelbagai penyakit. Conclusionnya hari ni....nak kena mula bersenam nih...hmmm bila nak mula ye??

Sunday, June 5, 2011

HAPPY BIRTHDAY NAFIS !

Photobucket

Hari ni 5 Jun 2011  hari lahir anak saya yg no.2, Hilman Nafis. Hari ni genap 8 tahun umur Nafis. Yang mana satu Nafis ye? Yg pakai baju kaler hijau tu. . Sebelah kanan Nafis tu abg dia Naufal, yg sebelah kiri tu sepupu nama Arini. Dan yg kecik sekali tu my youngest..Najmi. Tu yg kecik2 tu berebut sebenarnya nak potong kek....nak ambil gambar pun susah hehe..!

Tahun ni kita celebrate kat kampung ye Nafis coz tengah balik bercuti. Tak ada besday party mcm last year celebrate dgn kwn2 kt Jitra. Kali ni sambut dgn adik beradik & sedara mara. Kek tu pun mama beli instant ja kat kedai...La Batidora Bakery & Cafe kat Tmn Lembah Bujang Indah. Katanya baru buka & beroperasi semalam. Kira ni hari kedua buka la. Beli sponge cake biasa ja. Tak ada byk pilihan lagi sebab kedai pun baru lagi. Mama pun tak sempat nak tempah yg special punya sebab sibuk bercuti kat kg sana sini, mkn kenduri kt sana sini...Tapi mcmana sibuk pun, mama sentiasa ingat birthday anak-anak mama!


Photobucket
Ni dia rupa keknya...

Moga anak mama Nafis sihat selalu, panjang umur dan membesar sebagai anak yang baik, bijak, patuh serta jadi anak yang soleh. InsyaAllah..
HAPPY BIRTHDAY !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...