Saturday, August 21, 2010

Resipi Kasih Ibu

Dalam tercari-cari resipi untuk juadah berbuka hari ini, terjumpa pulak satu resipi yang amat menarik dan unik. Resipi kasih ibu ini hasil ilham Puan Norzailina Nordin, pakar masakan yang tidak asing lagi...

250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }
50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat

Bahan Hiasan:

10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat
1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.

"Ya Allah, bantulah aku agar dapat menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku. Moga mereka dikurniakan kesihatan yang baik, membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berjaya kelak di dunia & akhirat...Aminn"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...