Salam ..
Nak berkongsi menu tengahari kami hari Jumaat baru2 ni. Cuti kan , so bolehlah masak untuk lunch. Hari tu ternampak Nannie tayang nasi Beriani kat blognya di
sini. Nannie gunakan rempah Shan dalam resipinya. So hari Khamis tu balik dari meeting kat Alor Setar saya singgah Giant sekejap. Saya carilah juga rempah jenama Shan ni, tapi tak jumpa. Ingat nak juga try masak nasi beriani yg sedap tu tapi tak apalah lain kali cari lagi. Tengahari Jumaat tu masa fikirkan nak masak apa dan belek2 resipi kat dalam buku 1 Hari 1 Resipi K. Liza tu, saya terus rasa nak buat Nasi Daging, simple & daging pun ada. Jadi makan nasi daging cicah air asam lah kami sekeluarga hari tu...
Di bawah ni resipi asalnya, sukatan tu ikut family masing2 ye, kalau ramai bolehlah buat byk2 ..
RESIPI NASI DAGING
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resipi oleh Chef Hanieliza
Bahan A:
1 kg daging - dipotong sebesar 4 inci dan direbus dengan halia hingga lembut.
6 cwn beras basmati - saya guna beras biasa saja..
7 cwn air rebusan daging
1/2 cwn susu cair
3 sudu makan minyak sapi
3 biji tomato (dicincang) - yg ni sy tak bubuh sebab ada pun cukup2 unt buat air asamnye nnti...
3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
2 sudu besar kismis - tak ade stok so x bubuh juga hehe..
5 helai daun pandan (disimpul)
garam dan gula secukup rasa - gula sy tak bubuh pun
Bahan B ( bagi menumis):
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 labu bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik. Kemudian tumiskan semua Bahan B.
2. Masukkan rempah kurma yg sudah dibancuh dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair dan daging. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis.
5. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya dan biarkan nasi masak seperti biasa.
6. Hidangkan dengan dalca sayur-sayuran dan air asam.
 |
air (ayaq) asam...perghh yg ni yg buat sedap tu hehe!!
|
 |
dalca pun ada... |