Saturday, February 19, 2011

Asam Pedas Tumis Kepala Jenahak


Hmm...hari ni Sabtu. Cuti lagi. Jadi bolehlah memasak di rumah. Hubby sebenarnya belum balik lagi. Dapat sms pagi tadi katanya baru bertolak dari Phuket jam 10 pagi. 8 jam perjalanan untuk sampai ke Danok. Nampak gayanya malam baru sampai di rumah...

Menu tengahari ni sekadar ikan jenahak, seketul buat goreng, dan kepalanya masak asam pedas ala Johor.
Makan dengan anak-anak je. Nasib depa ni tak cerewet. Ada ikan goreng & kuah pun dah cukup.Kalau dengan kicap lagi depa suka.


Resipinya :
( diolah dari original resipi kat dapur Rinnchan )

Bahan-bahan:
Beberapa ketul ikan jenahak (termasuk bhg kepala) - dibersihkan

Bahan kisar :

2 ulas bawang merah

Sebiji bawang besar

3 biji bawang putih

2 inci halia

Cili kering secukup pedas, direndam

2 inci lengkuas, dihiris nipis

1 batang serai, dititik

Sedikit belacan

Daun kesom

Sekuntum bunga kantan

Garam dan gula secukup rasa

3 keping asam gelugur ( Asam jawa pun boleh)

Air secukupnya


Cara-cara :

1. Tumiskan bahan kisar, lengkuas, serai dan belacan hingga cili betul2 masak.

2. Tuangkan sedikit air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan ikan.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Akhir sekali sebelum mengangkat masakan, masukkan daun kesom

dan bunga kantan. Kacau seketika sebelum diangkat dan dihidang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...