Pages

Sunday, March 11, 2012

NASI LEMAK BILIS TELUR - sempena cuti sekolah...

Assalamualaikum...

Selamat bercuti buat warga pendidik dan anak-anak...tentu seronok kan walaupun cuti hanya 1 minggu. Mesti ramai yang dah ada plan bercuti ke mana-mana, balik kampung mengunjungi ayah ibu serta sanak saudara, makan kenduri atau lain-lain program bersama family tersayangkan?


Saya pun dapat juga bercuti 3 hari sampai Selasa ni. Rabu kerja balik. Tu pun kena booking awal2 bagitau boss date yang kita nak cuti. Kena bergilir dengan rakan setugas. Ye la orang lain pun nak cuti juga. Jadilah kan...dapat juga bersama family. So pagi ni saya masakkan nasi lemak bilis telur yang simple ni je untuk family. Lama juga tak makan nasi lemak yang dimasak sendiri. Kalau hari kerja tu anak2 asyik makan yang segera ja...koko krunch atau roti telur. Nasi lemak pun beli yang bungkus yang dijual kat area taman ni. Yang bestnya bila anak yg sulung si Naufal tu kata.."sedapnya mama, nasi lemak mama buat ni!!" Hah hilang penat mama..! Itulah anak2...si Najmi yang bongsu tu pun makan banyak dengan telur je tak bubuh sambal. Kalau boleh hari2 mama nak masakkan, tapi nak buat macamana...kalau hari kerja tu kalut je tiap2 pagi heheh...




Ok nak sediakan minum petang pula. Hmm apa yang ada di dapur tu ya? Kejap nak gi tengok...SALAM & SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA !!

2 comments:

  1. Assalamualaikum Mamanajmi,
    mesti rasa puas hati dapat jamu anak-anak dengan nasi lemak bilis telur, Amie kalau masak nasi lemak terutama waktu cuti sekolah mesti masak lebih, anak-anak boleh makan sampai ke ke petang!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Amie,
    Memang betul Amie...walau pun simple tapi puas hati dapat masak sendiri !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...