Pages

Thursday, November 10, 2011

HOBI TERBARU

Hobi lama yang baru berputik kembali.....

Sebenarnya dulu-dulu memang saya suka sangat baca novel. Novel yang masih ada dalam simpanan saya, Jauh karya Aisya Sofea. Pernah juga cuba menulis cerita heheh...tapi tak pernah habis ;-(
Selepas menonton drama Nora Elena kat TV3 dulu tu saya teringin sekali nak membaca novelnya, Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Bila balik kampung rumah mertua rupa-rupanya adik ipar saya pun berkongsi minat yang sama. Banyak koleksi novel yang menarik ada dalam simpanan. So saya pun pinjamlah novel Kasih Yang Suci tu. Memang best dan menyentuh kalbu...

Dua hari yang lepas saya bawa anak-anak ke kedai buku MPH di SP sebab nak beli bahan bacaan untuk mereka. Ternampaklah novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari ni yang gambar kat depannya ada Aaron Aziz ! Baca sinopsis kat belakang macam best aje terus saya beli. Pagi tadi dah selesai baca...boleh baca sinopsis ceritanya kat bawah ni. Ceritanya memang best dan sangat berkesan.

Sekarang ni saya mula baca novel yang dipinjam daripada adik ipar masa balik raya haji baru ni, Surat Ungu Untuk Nuha oleh Noor Suraya. Satu lagi yang saya pinjam tapi belum sempat baca bertajuk Cinta Kau & Aku oleh Siti Rosmizah.



Sinopsis : OMBAK RINDU
( Sumber : Resensi Novel Melayu )

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Harga : RM 19.90

Halaman :576

ISBN : 983-124-029-9



3 comments:

  1. baca novel memang mengasyikkan...ucu pun selalu jg baca tapi anak punya..sbb tak berani nak beli..takut ketagih..

    ReplyDelete
  2. selalu baca novel anak punya jer...hobi nan satu ni terpaksa ucu pendam sebab..kalau dah baca mau satu kerja pun tak settle..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...