Assalamualaikum..
Hari ni nak berkongsi resipi masakan pajeri. Memang ni salah satu favourite saya especially pajeri terung. Selalunya jumpa yg dibuat pajeri kalau kat utara ni terung, nenas dan rebung. Pernah juga makan pajeri mangga/mempelam kat rumah kenduri. Sedap juga. Tapi terung still favourite saya nombor satu...kalau makan nasi ada pajeri ni dengan ikan temenung goreng panas2 pun dah cukup sedapp!
Bahan-bahan:
3 biji terung panjang sederhana besar ( dipotong 2/3 bhgian dan dibelah dua jgn sampai putus)
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 cm halia (dihiris)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit udang kering (ditumbuk) -optional
2 cawan santan - saya guna santan kotak brand M&S (kepekatan ikut citarasa sendiri ye..)
2 sb kerisik
Sebungkus rempah kari daging Adabi 24gm - ini pun ikut citarasa masing2 brand apa nak guna
minyak untuk menumis
garam dan gula
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis i.e bawang, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang hingga kekuningan/naik bau.
- Kemudian masukkan udang kering yang telah ditumbuk tadi dan goreng sebentar.
- Selepas itu masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Biarkan rempah masak hingga pecah minyak dan selalu dikacau supaya tidak hangus.
- Kemudian masukkan kerisik, santan dan terung. Tambah air jika perlu. Masak sehingga terung empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Biarkan hingga kuahnya pekat sedikit.
- Angkat dan bolehlah dihidang.
Assalamualaikum...Sorry la lambat sampai sini. Sedapnye pajeri ni, mmg fav akak tau..baru tahu rebung pun boleh msk pajeri..hehe..masakan pajeri ni kuah mesti pekat2 baru meletup kan!! :)
ReplyDeleteguld..sedap plak..
ReplyDeletetp apakan daya..saya x pndi memasak..bhahaha
Azlina..
ReplyDeleteThanks sudi singgah sini. Ha ah rebung masak pajeri campur daging/udang..sedap jugak!!
Inugami Zamura,
ReplyDeleteTakpa..tak pandai boleh belajar kan kan??
teacher ida kn.tjumpa blog techer..thank u utk resepinya..trgt ms mkn spagheti umah ckgu dlu sedapppp...sdapnya pajeri trung.
ReplyDelete