Salam,
Dah byk hari tak update blog. Semua ni gara2 line internet yg ada problem beberapa hari ni. Sebenarnya ni gambar lama, buat kek ni dalam beberapa minggu yg lepas dan belum sempat diuploadkan kat sini. Resipi ni dapat dari fb Kongsi Resipi kat link di bawah ni.
KEK PISANG
Sumber : Kongsi Resipi
Bahan-bahannya:
2 cwn tepung gandum
3 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonate
1 camca garam
3/4 cwn gula pasir
2 biji telur
1/ 1/2 cwn pisang
1 cwn butter/minyak masak
1 camca esen vanila
Cara2nya :
1. Pukul telur dgn gula(hingga kembng)
2. Pisang di lenyek + esen
3. Masukkan butter atau minyak masak
4. Masukkan tepung+garam+baking powder+soda bikarbonate
5. Kukus (1 jam)
KEK PISANG BAKAR (CARA SENANG & MUDAH)
Bahan2nya:
2 cwn gula
3 cwn tepung gandum
2 cwn minyak masak atau butter
6 biji pisang - dilenyek berasingan
2 tsp soda bikarbonate
6 biji telur
Caranya:
Kesemua bahan ini diblender.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit @ sehingga masak.
Nota:
Saya buat versi bakar ni. Tapi tak masukkan semua bahan sekaligus. Blender kecik so saya buat satu persatu. Suhu membakar pula ikut oven masing2 ya !
SELAMAT MENCUBA ....
assalamualaikum mamanajmi...sy baru follow blog akak..sedapnya kek pisang ni. naseb baik sy pon baru siap bakar kek pisang. hilang kempunan tengok kek akak. heheh..salam kenal dr sy...
ReplyDeleteSalam kenal Nuwairani & terima kasih. Nanti akak gi jenguk blog Nuwairani pulak ok!
ReplyDeleteAsssalam Mamanajmi,
ReplyDeleteAmie nak buat kek pisang pagi tadi, tapi tengok pisang tinggal 2 biji je... tak jadi buatlah, terbau kek pisang di dapur mamanajmi ni.... nak minta sepotong nih!
Waalaikumsalam Amie,
ReplyDeleteKalau boleh tu teringin nak bagi kwn2...tp kek pun tinggal gambar je haha...